Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Inilah masa Young Tigress serlah potensi sebenar

podiumontour August 27, 2026 2 minutes read
Piala Remaja Asia

SKUAD remaja wanita menjalani sesi-sesi latihan terakhir di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebelum berlepas ke Piala Remaja Asia.

LAYAK ke Piala Dunia Hoki Remaja 2027 menjadi matlamat utama skuad remaja wanita negara pada saingan Piala Remaja Asia 2026 di Moqi, China yang akan berlangsung dari 4 hingga 13 September ini.

Ketua Jurulatih Skuad Remaja Wanita Kebangsaan, Mohd. Nasihin Nubli Ibrahim berharap para pemainnya dapat menampilkan persembahan yang berkualiti setaraf dengan potensi sebenar mereka meskipun membariskan ramai pemain muda.

Beliau percaya anak-anak buahnya mampu merealisasikan sasaran pasukan dengan percubaan untuk memecahkan masuk empat terbaik Asia buat kali pertama dalam sejarah penganjuran sejak ia mula dipertandingkan pada edisi 1992.

“Sudah tentu kita ingin layak ke Piala Dunia Hoki Remaja dan macam tahun-tahun sebelum ini, Asia dapat lima slot. Kita tak tahu lagi keputusan Asia sama ada empat atau lima kali ini, sebab itu kita mahu ke separuh akhir dahulu.

“Walaupun kita tak begitu pasti kekuatan dan kelemahan lawan, tetapi kita tahu kemampuan serta kualiti pemain-pemain negara. Jadi saya mahu mereka bermain di tahap sebenar untuk kita capai objektif di sana,” katanya.

Atas kertas, Young Tigress boleh dikatakan berpotensi besar untuk menyambar tiket ke Piala Dunia Hoki Remaja 2025 sebagai lima pasukan terbaik berdasarkan format baharu Piala Remaja Asia kali ini.

Bagi edisi kali ini, lima pasukan yang bermain di Piala Dunia Hoki Remaja 2023 seperti tuan rumah, China, India, Jepun, Korea Selatan dan Malaysia diletakkan dalam Kumpulan Elit dan kesemuanya layak ke suku akhir.

Ini bagi menentukan kedudukan pasukan untuk aksi suku akhir nanti menentang tiga pasukan terbaik daripada Kumpulan Cabaran antara Bangladesh, Taiwan, Hong Kong, Kazakhstan dan Pakistan.

“Kejohanan kali ini berlainan sikit kerana kita akan menentang empat pasukan terbaik Asia dahulu dalam Kumpulan Elit. Kita perlu ambil kesempatan ini untuk bertemu lawan lebih mudah daripada Kumpulan Cabaran di suku akhir nanti.

“Jadi saya percaya para pemain akan berikan yang terbaik sebagaimana mereka buktikan semasa menentang pasukan senior Singapura tempoh hari. Mereka perlu memikul cabaran ini dengan baik,” tambah Nasihin. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Podium jadi sasaran Young Tigers di Piala Remaja Asia
Next: Senarai 20 pemain Young Tigers ke Piala Remaja Asia

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.