Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Senarai 20 pemain Young Tigers ke Piala Remaja Asia

podiumontour August 28, 2026 2 minutes read
Piala Remaja Asia

BARISAN pemain skuad hoki remaja negara yang terpilih menghadapi Piala Remaja Asia 2026. - MHC

SKUAD hoki remaja lelaki negara sudah bersedia untuk membanggakan Malaysia di pentas Piala Remaja Asia 2026 di Moqi, China dari 4 hingga 13 September ini dalam misi memburu tiket ke Piala Dunia Remaja 2027.

Pengurus Young Tigers, S. Selvendran melaungkan keyakinan tinggi anak-anak buahnya mampu mencapai sasaran layak ke Piala Dunia Remaja 2027.

“Inilah masanya buat pemain serlahkan dan buktikan kemampuan bermain pada tahap terbaik. Tonjolkan semangat Tigers yang tinggi dalam diri dan buktikan Malaysia mampu bersaing hebat di pentas antarabangsa,” jelasnya.

Skuad bimbingan Nor Saiful Zaini Nasiruddin itu menyasarkan kedudukan podium, namun perlu melepasi halangan Kumpulan B terlebih dahulu menentang tuan rumah China, Pakistan, Bangladesh dan Kazakhstan.

Jika berjaya, ia akan memperbaiki pencapaian dua edisi terakhir menyaksikan Young Tigers meraih tempat keempat pada 2023 dan 2024.

Pencapaian terbaik pula di pentas berkenaan adalah muncul juara ketika edisi 2012 di Melaka.

Sebagai rekod, enam tiket ditawarkan ke Piala Dunia Remaja 2027 daripada aksi Piala Remaja Asia kali ini. – PODIUM ON TOUR

INFO
Senarai 20 pemain ke Piala Remaja Asia 2026

1 HAZIQ MUIZZUDDIN HAIRUL MIZAN PENJAGA GOL
2 MOHAMAD ADIB AMSYAR MOHAMMAD HANIF
3 MUHAMMAD NABIL IRFAN MOHD YUSOF PERTAHANAN
4 IMAN FARIS FAIZO
5 DHEERESSH GUNASEELAN
6 MUHAMMAD HAFIEZUDDIN MOHD ALI
7 KARTHIKESAN SHIVAMOORTHY
8 ESWARAN GEORGE
9 AFERULL SYAH AHMAD AZUAN SYAHRILL TENGAH
10 HARIEQ HADIEF MOHD FARIQ
11 SHELSTON SILVERIUS
12 MUHAMMAD ASYRAFF ISMAIL
13 MUHAMMAD ADAM ASHRAF MOHD JOHARI
14 GAGANDEEP SINGH APHTHAR SINGH
15 MUHAMMAD AIZAT MUHAMMAD AKHERA PENYERANG
16 MUHAMMAD SAFWAN SALIHE
17 RAHUUL FAZRIEN MUHAMMAD NAZRIEN
18 SHAFIQ AMMAR FAHMI SUZAINI
19 MOHAMAD SYAZWAN MOHD SHAMSUL
20 MUHAMMAD FAIZ AFZAN MOHD FAIZAL

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Inilah masa Young Tigress serlah potensi sebenar
Next: Young Tigress masa depan hoki wanita Malaysia

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.