Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

‘Wake up call’ buat THT diikat Thunderbolts

podiumontour April 27, 2026 2 minutes read
THT

HORNE (kiri) menjaringkan gol penyamaan buat THT menentang Thunderbolts di Kuala Terengganu semalam (26 April). - PERSATUAN HOKI TERENGGANU

SERI 1-1 dengan TNB Thunderbolts menjadi ‘wake up call’ buat juara treble musim lalu, Pasukan Hoki Terengganu (THT) dalam kempen Liga Hoki Malaysia (MHL) 2026.

Apa tidaknya, THT telah kehilangan banyak mata berharga dan baru mengumpul lima mata hasil satu menang serta dua seri dalam empat perlawanan musim ini.

Ketua jurulatih THT, Mohd Harfizi Baharom mengakui, mereka tidak boleh terus tercicir mata dalam misi mengejar pendahulu, TNB ThunderStars yang menang kesemua tiga aksi setakat ini.

“Kami melakukan banyak serangan dan pujian harus diberikan kepada pemain muda TNB (Thunderbolts). Penjaga gol dan barisan pertahanan mereka bermain baik.

“Keputusan ini mengejutkan kerana kami selaku juara treble musim lalu dan kami juga perlu mengejar kelompok teratas. Tiada cara lain, kami perlu bangkit selepas ini,” katanya kepada Podium On Tour.

Beraksi di laman sendiri, Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu, THT dikejutkan gol awal Thunderbolts di penghujung suku masa pertama melalui pukulan sudut penalti (PC) Dheeresh Gunaseelan pada minit ke-15.

Tonggak import Afrika Selatan, Keenan Craig Horne menyelamatkan maruah THT dengan jaringan PC, mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-20.

THT selepas ini akan bertandang ke Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil menentang wakil Australia, Territory Stingers pada 3 Mei ini. – PODIUM ON TOUR

4 AKSI THT DI MHL

THT 4 – 5 TNB THUNDERSTARS ❌
MAYBANK 1 – 1 THT 🤝
ARMED FORCES 1 – 7 THT ✅
THT 1 – 1 TNB THUNDERBOLTS 🤝

KREDIT FOTO – PERSATUAN HOKI TERENGGANU

Post navigation

Previous: Kebangkitan epik Sivasangari tawan Piala Grasshopper
Next: Inisiatif murni Meor Azuan wajar dipuji

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.