Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Jelajah India pentas penilaian akhir Young Tigers

podiumontour August 1, 2026 2 minutes read
Young Tigers

BARISAN pemain dan kejurulatihan Young Tigers bergambar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Bangalore hari ini. - MHC

SKUAD hoki remaja negara berlepas ke Bangalore, India hari ini sebagai langkah persediaan seterusnya ke Kejohanan Piala Remaja Asia 2026 yang akan berlangsung di Moqi, China pada 4 hingga 13 September 2026.

Selain menjalani latihan di sana, Young Tigers juga akan mengharungi lapan siri ujian melibatkan tiga perlawanan dengan Akademi Sukan India (SAI) dan lima aksi menentang Skuad India B21 dari 1 hingga 15 Ogos ini.

Ketua jurulatihnya, Nor Saiful Zaini Nasiruddin mengakui, siri ujian berkenaan juga menjadi platform penting untuk menilai senarai akhir 18 pemain yang akan dibawa ke Kejohanan Piala Remaja Asia 2026.

“Kami membawa 22 pemain untuk siri jelajah ke India ini sebagai salah satu cara penyediaan pasukan kepada pertandingan sebenar di Piala Remaja Asia nanti.

“Ini jelajah kedua selepas Jepun tempoh hari, jadi ini akan menjadi pelarasan terakhir sebelum Piala Remaja Asia. Ia juga boleh menjadi penilaian kepada 18 pemain dan dua pemain simpanan.

“Saya harapkan penambahbaikan dari segi memperkemaskan taktikal serangan dan pertahanan selain persediaan akhir menghadapi perlawanan berprestasi tinggi menentang India sebelum Piala Asia,” katanya.

Bagaimanapun, Nor Saiful juga berharap tiada sebarang kecederaan tidak diingini berlaku kepada barisan pemainnya memandangkan mereka kini sudah kesuntukan masa sebelum Piala Asia Remaja Asia membuka tirainya.

Young Tigers dijangka menggunakan sepenuhnya pengalaman daripada dua siri jelajah antarabangsa di Jepun dan India bagi membentuk pasukan lebih mantap, kompetitif serta bersedia menghadapi saingan sengit di Moqi, China nanti. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Azizulhasni buktikan pakar taktikal keirin dunia

Related Stories

Piala Dunia
  • Hoki

3 pemain bakal buat penampilan ke-4 Piala Dunia

podiumontour July 30, 2026
hoki piala dunia
  • Hoki

Speedy Tigers ambil inspirasi kejayaan Cape Verde

podiumontour July 27, 2026
Hoki Wanita
  • Hoki

Malaysian Tigress sedang membina skuad menyerang

podiumontour July 27, 2026

Recent Posts

  • Jelajah India pentas penilaian akhir Young Tigers
  • Azizulhasni buktikan pakar taktikal keirin dunia
  • Jojo perlu menunggu lagi, tewas kepada Ondash
  • Shanti Pereira cipta sejarah baharu di Sukan Komanwel
  • Aqilah cipta sejarah baharu angkat berat
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.