Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

Azizulhasni buktikan pakar taktikal keirin dunia

podiumontour August 1, 2026 2 minutes read
Azizulhasni

AZIZULHASNI menunjukkan pingat emas bersejarah dalam kariernya selepas menjuarai acara keirin Sukan Komanwel Glasgow 2026. - MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

SAMA ADA tiada lagi kelibat Datuk Azizulhasni Awang di pentas antarabangsa selepas berakhirnya Sukan Komanwel Glasgow 2026, namun dunia telah menyaksikan beliau sememangnya pakar taktikal yang tiada galang ganti dalam acara keirin.

Ia sejurus kejayaann jaguh berbasikal trek dunia itu menjuarai acara keirin di Velodrom Sir Chris Hoy awal pagi tadi, sekali gus menjadi pingat emas pertama dalam kariernya di pentas Sukan Komanwel.

“Keirin bukan semata-mata mengenai power output yang tinggi atau pada prestasi terbaik tetapi taktik adalah perkara paling Utama.

“Hari ini saya telah buktikan kepada duni bahawa sayalah pakar taktikal terbaik dalam acara keirin,” katanya dalam satu temubual bersama MSN Malaysia.

Ia secara tidak langsung mengubati kekecewaan The Pocket Rocketman yang sebelum ini pernah memenangi pingat emas keirin sewaktu edisi New Delhi 2010 tetapi ia ditarik semula kerana kayuhannya didakwa terlalu berbahaya.

Kini, segala pengorbanan Azizulhasni dan berkat kesabarannya menuai hasil yang cukup lumayan kerana akhirnya berjaya menakluk pingat emas dalam penampilan terakhirnya di pentas Sukan Komanwel.

“Memang sangat bermakna sebab ini Komanwel terakhir dan saya bercadang untuk bersara selepas ini.

“Setiap hari saya berdoa ‘Ya Allah tolonglah berikan saya pingat emas, saya nak akhiri karier dengan pingat emas’.”

“Saya nak buktikan kepada diri sendiri dan juga dunia bahawa saya masih boleh menang pada usia 38 tahun. Alhamdulillah hari ini saya buktikan kepada dunia,” tambahnya.

Sebagai rekod, Azizulhasni cuma masih belum memenangi pingat emas Sukan Olimpik selepas pernah meraih perak dan gangsa di pentas berprestj itu sebelum ini. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Jojo perlu menunggu lagi, tewas kepada Ondash
Next: Jelajah India pentas penilaian akhir Young Tigers

Related Stories

Jojo
  • Sukan Lain

Jojo perlu menunggu lagi, tewas kepada Ondash

podiumontour July 31, 2026
Aqilah
  • Sukan Lain

Aqilah cipta sejarah baharu angkat berat

podiumontour July 31, 2026
Syahmi
  • Sukan Lain

Syahmi pemenang emas keenam Sukan Komanwel

podiumontour July 30, 2026

Recent Posts

  • Jelajah India pentas penilaian akhir Young Tigers
  • Azizulhasni buktikan pakar taktikal keirin dunia
  • Jojo perlu menunggu lagi, tewas kepada Ondash
  • Shanti Pereira cipta sejarah baharu di Sukan Komanwel
  • Aqilah cipta sejarah baharu angkat berat
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.