Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Puripol sub10 lagi, catata 9.99s di Rep. Czech

podiumontour August 2, 2026 1 minute read
Puripol

PURIPOL mencatat sub10 kedua dalam kariernya, kali ini menerusi catatan 9.99s di Republik Czech. - CTAA ATHLETICS OPEN

RAJA pecut Asia Tenggara, Puripol Boonson terus membuktikan dirinya sebagai pilihan utama untuk memenangi pingat emas 100m pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dari 19 September hingga 4 Oktober.

Ia menerusi kejayaan Puripol mencetak sub10 kedua kariernya, kali ini dengan catatan 9.99s pada Grand Prix Litomysl di Stadium Cerna Hora di Republik Czech.

Untuk info, skuad pecut Thailand ketika ini sedang berkampung di Eropah untuk kem latihan Sukan Asia.

Ia juga perlumbaan 100m kedua Puripol untuk tahun 2026 selepas catat masa 10.10s pada Inthanin Games (Sukan Universiti Thailand) di Bangkok, Januari lalu.

Pada Disember tahun lalu, Puripol muncul atlet Asia Tenggara pertama mencatat sub10 dengan masa 9.94s di Sukan SEA Thailand 2026, sekali gus menjadi pelari ketiga terpantas di Asia, di belakang Su Bingtian πŸ‡¨πŸ‡³ dan Femi Ogunode πŸ‡ΆπŸ‡¦ .

Edisi Sukan Asia Hangzhou 2022 menyaksikan Puripol meraih pingat perak 100m (10.02s), di belakang Xie Zhenye πŸ‡¨πŸ‡³ (9.97s), manakala jaguh pecut negara, Azeem Fahmi πŸ‡²πŸ‡Ύ meraih gangsa (10.11s).

Selepas itu, Puripol berjaya meraih pingat perak 100m Kejohanan Dunia B20 2024 di Lima, Peru dengan catatan 10.12s. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – CTAA ATHLETICS OPEN

Post navigation

Previous: Jelajah India pentas penilaian akhir Young Tigers
Next: 5 pelari Thailand catat sub12 di Eropah

Related Stories

Sukan Asia
  • Olahraga

Kuartet ‘turbo’ 4x100m campuran mampu podium Sukan Asia

podiumontour September 16, 2026
Atlet SPM
  • Olahraga

Pesanan bekas raja pecut Asia Tenggara buat atlet duduki SPM

podiumontour September 14, 2026
Jing Xuan
  • Olahraga

Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT

podiumontour August 31, 2026

Recent Posts

  • Kuartet ‘turbo’ 4x100m campuran mampu podium Sukan Asia
  • Pesanan bekas raja pecut Asia Tenggara buat atlet duduki SPM
  • Perak kembali rampas status gergasi hoki tanah air
  • Selangor pecahkan badi final, juara TARC 2026
  • Young Tigers terlepas podium tempat ketiga
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
Β© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.