Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Jelajah Jepun jadi persediaan awal Young Tigers

podiumontour July 4, 2026 2 minutes read
Jelajah Jepun Young Tigers

BARISAN pemain muda negara berlepas ke Gifu, Jepun dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur malam tadi. - MHC

SKUAD hoki remaja negara berlepas ke Gifu, Jepun hari ini untuk lima siri perlawanan ujian bersama Jepun sebagai persediaan sebelum Piala Remaja Asia 2026 di Moqi, China dari 4-13 September ini.

Ia merangkumi satu aksi berdepan skuad senior Jepun dan empat skuad B21 bermula 5-13 Julai ini sebagai salah satu langkah pendedahan perlawanan berintensiti tinggi dan mengukur tahap barisan pemain muda negara ketika ini.

Ketua jurulatihnya, Nor Saiful Zaini Nasiruddin berharap 5 aksi ujian itu dapat membantu mempercepatkan proses pembelajaran serta mematangkan corak permainan dalam tempoh singkat demi menggalas cabaran negara.

Ia amat penting kerana Piala Remaja Asia itu nanti juga merupakan aksi kelayakan ke Piala Dunia Remaja tahun depan.

“Pasukan mempunyai dua bulan untuk lakukan segala persiapan bagi memastikan misi Malaysia layak ke Piala Dunia Remaja menerusi tiket Piala Remaja Asia tercapai.

“Lima perlawanan ujian ini sebagai salah satu langkah persiapan yang mana kami yakin, ia akan membantu kami mengenal pasti tahap keupayaan pasukan serta kelemahan yang perlu diperbaiki dengan tempoh dua bulan ini.

“Walaupun enam slot ke Piala Dunia Remaja diberikan menerusi Piala Remaja Asia, sejarah dan reputasi semata-mata tidak boleh dijadikan ukuran untuk mana-mana pasukan layak merebut slot tersebut.

“Pasukan seperti Bangladesh, China, Jepun dan Korea antara yang sedang meningkat naik dan perlu diberikan perhatian yang tinggi kerana ia mungkin boleh memberikan ancaman kepada Malaysia dalam misi kelayakan.

“Kami yakin dengan persiapan terbaik, keazaman tinggi dalam hati setiap pemain dan keinginan untuk membawa maruah Malaysia setinggi mungkin dalam diri setiap pemain akan mendorong kepada keputusan positif,” katanya.

Malaysia akan memulakan aksi pertama pada 7 Julai (Selasa) bertemu skuad senior Jepun diikuti berdepan B21 Jepun pada 8 Julai (Rabu), 10 Julai (Jumaat), 11 Julai (Sabtu) dan 12 Julai (Ahad) sebelum kembali ke Malaysia. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Thabo Matebedi dilantik ketua jurulatih pecut Malaysia
Next: ASICS Malaysia raikan Hari Badminton Sedunia 

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.