Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Xtra

ASICS Malaysia raikan Hari Badminton Sedunia 

podiumontour July 5, 2026 3 minutes read
ASICS Malaysia

PARA peserta yang mengambil bahagian pada acara Hari Badminton Sedunia anjuran ASICS Malaysia di Pusat Sukan IOI semalam (4 Julai). - ASICS MALAYSIA

SEMPENA sambutan Hari Badminton Sedunia pada 5 Julai, ASICS Malaysia tampil menganjurkan sebuah acara khas yang menghimpunkan komuniti badminton termasuk pengamal media dan pencipta kandungan di Pusat Sukan IOI, Putrajaya (4 Julai).

Acara istimewa itu turut diseraikan dengan kehadiran Olimpian negara, Soniia Cheah yang pernah beraksi acara perseorangan wanita di Olimpik Tokyo 2020.

Bekas pemain kebangsaan yang kini berperanan sebagai jurulatih dan psikologi sukan selain turut meraih pelbagai anugerah, Dr. Daphne Ng.

ASICS MALAYSIA
SONIIA (kiri) dan Juan Shen menunjukan demonstrasi ketika klinik badminton pada acara Hari Badminton Sedunia anjuran ASICS Malaysia. – ASICS MALAYSIA

Turut memeriahkan acara seperti juara perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Universiti ASICS 2026, Low Eu Cong; pemenang pingat gangsa beregu lelaki Sukan Universiti Dunia 2015, Low Juan Shen dan bekas pemain perseorangan wanita negara, K. Sylvia Kavita.

Mereka berkongsi pengalaman serta pandangan mengenai aspek teknikal permainan, strategi di gelanggang, kekuatan mental dan pembangunan atlet, sekali gus memberi inspirasi kepada peserta yang hadir.

“Walaupun badminton sudah popular di Malaysia tetapi tidak salah jika kita terus promosikan sukan ini. Saya harap lebih ramai lagi orang bermain badminton supaya sukan ini terus berkembang dan kita tidak kehilangan bakat,” kata Sylvia yang juga bekas jurulatih Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

 

ASICS Malaysia
DAPHNE (kanan) turut berkongsi ilmu pada sesi klinik badminton Hari Badminton Sedunia. – ASICS MALAYSIA

Penganjuran itu mencerminkan komitmen ASICS menyokong pembangunan sukan di semua peringkat, selari dengan falsafah jenamanya, Sound Mind, Sound Body yang menekankan keseimbangan kesihatan fizikal dan mental melalui gaya hidup aktif.

Pencipta kandungan digital, Fathirah Adnan mengakui, acara itu memberikan satu pengalaman yang mahal buat dirinya kerana berpeluang mempelajari teknik-teknik permainan dengan pemain-pemain berstatus antarabangsa.

“Ini kali pertama saya dapat merasai sambutan Hari Badminton Sedunia anjuran ASICS Malaysia. Bukan sahaja perkongsian daripada pemain-pemain berpengalaman ini mudah difahami tetapi acara ini juga sangat menyeronokkan,” katanya.

ASICS Malaysia
FATHIRAH (kanan) diberikan tunjuk ajar oleh Eu Cong mengenai teknik-teknik untuk melakukan smash.

Acara dimulakan dengan sesi ASICS Shoe Trial yang membolehkan peserta menguji prestasi kasut badminton terkini ASICS dalam situasi permainan sebenar.

Antara model yang menjadi tumpuan adalah COURT CONTROL FF 4 berharga RM529.00 dan BLADE FF 2 dijual pada harga RM449.00 masing-masing direka bagi memenuhi keperluan pemain dengan gaya permainan yang berbeza.

Melalui pengalaman menguji kedua-dua model di gelanggang, para peserta dapat merasai sendiri pengalaman menggunakan teknologi kasut yang mampu meningkatkan keselesaan, keyakinan dan prestasi sepanjang permainan.

ASICS MALAYSIA

ASICS Malaysia turut menganjurkan klinik badminton memberi pendedahan mengenai teknik permainan, corak pergerakan di gelanggang serta strategi meningkatkan prestasi.

Acara turut dimeriahkan dengan perlawanan persahabatan serta pelbagai permainan mini badminton yang menguji refleks, ketangkasan dan kemahiran peserta dalam suasana santai tetapi kompetitif.

ASICS Malaysia
PERLAWANAN persahabatan turut diadakan bagi memeriahkan acara Hari Badminton Sedunia. – ASICS MALAYSIA

Sambutan yang diterima daripada peserta membuktikan bahawa pengalaman bermain, belajar dan berinteraksi secara langsung mampu mengukuhkan lagi hubungan antara komuniti badminton dan jenama tersebut.

Menerusi penganjuran program seperti itu, ia membuktikan ASICS Malaysia terus komited memperkenalkan inovasi dalam teknologi sukan sambil menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup aktif. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – ASICS MALAYSIA

Post navigation

Previous: Jelajah Jepun jadi persediaan awal Young Tigers
Next: Azeem Fahmi VS Puripol, Asia B23 previu awal Sukan Asia

Related Stories

TUAH Maskot Sukan SEA
  • Xtra

TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027

podiumontour July 13, 2026
Tiket FURY Championship
  • Xtra

13 pertarungan epik disajikan Fury Championship Vol. II

podiumontour June 22, 2026
FURY Championship
  • Xtra

Rugi kalau terlepas tonton FURY Championship Vol. II

podiumontour June 22, 2026

Recent Posts

  • Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
  • TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
  • Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
  • Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
  • Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.