Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Thabo Matebedi dilantik ketua jurulatih pecut Malaysia

podiumontour July 3, 2026 2 minutes read
Thabo Matebedi

COACH T (kanan) dianggap antara jurulatih pecut terbaik di Afrika Selatan ketika ini disebabkan pengalamannya membangunkan ramai pelari muda terbaik. - THE TOP RUNNER

PELARI terpantas Malaysia, Azeem Fahmi dan barisan pecut lelaki serta wanita negara bakal mendapat sentuhan ketua jurulatih dari Afrika Selatan, Thabo Matebedi.

Matebedi, 44, yang terkenal dengan gelaran Coach T di negaranya, berjaya menewaskan tiga lagi calon luar masing-masing dari Botswana, Poland dan Jamaica.

Mungkin kerana curriculum vitae (CV) yang menarik menjadi antara faktor Olahraga Malaysia (MA) dan Majlis Sukan Negara (MSN) memilih untuk melantik Coach T.

Difahamkan, Coach T dengan kelayakan Jurulatih Elit Tahap 3, mempunyai rekod yang cemerlang membangunkan atlet-atlet pecut bertaraf antarabangsa terutamanya raja pecut berganda 100m dan 200m Sukan Universiti Dunia 2025, Bayanda Walaza.

Selain Walaza dengan PB 100m 9.94s, Coach T juga pernah melatih Gift Leotlela yang meraih tempat kelima 100m Kejohanan Dunia Tokyo 2025 dengan catatan 9.87s.

Antara pelari terbaik pernah dilatih Coach T:

Anaso Jobodwana
PB 19.87s (200m)
Pingat emas 100m, 200m WUG Dunia 2013
Pingat gangsa 200m Kejohanan Dunia 2015

Sinesipho Dambile
PB 19.74s (200m)
Pingat gangsa 200m B20 Dunia 2021

Mukona Manavhela
PB 10.14s (100m), 20.45s (200m)
Pingat emas 100m, 200m B18 Afrika

Pelantikan Coach T bagi memperkukuhkan persiapan skuad pecut negara menjelang beberapa kejohanan utama, termasuk Sukan Asia 2026 dan Sukan SEA 2027.

Beliau dijangka tiba di Malaysia awal bulan depan selepas semua urusan dokumentasi, termasuk visa dan permit kerja selesai. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – THE TOP RUNNER

Post navigation

Previous: Speedy Tigers fokus tingkatkan kefahaman taktikal
Next: Jelajah Jepun jadi persediaan awal Young Tigers

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.