Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Jentera serangan Young Tigress hasilkan 28 gol

podiumontour August 8, 2026 2 minutes read
Young Tigress

MALAYSIA memiliki jentera serangan menarik yang boleh menjadi sandaran pada Piala Remaja Asia nanti. - SHOGO TANAKA

JENTERA serangan yang pantas kini menjadi antara aspek kekuatan Skuad Remaja Wanita Kebangsaan dalam misi mencapai sasaran pada Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia 2026 di Moqi, China dari 4 hingga 13 September ini.

Ketua jurulatihnya, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim berpuas hati dengan prestasi ditunjukkan oleh penyerangnya dalam empat aksi persahabatan menentang Skuad Senior Singapura yang berakhir semalam (7 Ogos).

Ia terbukti apabila Young Tigress menghasilkan keseluruhan 28 gol menerusi kemenangan 8-1, 3-2, 9-2 dan 8-0 ke atas lawan berkenaan.

“Saya tak berapa pentingkan keputusan sangat tapi saya nak tengok struktur permainan ataupun ada progres dari segi teknikal dan pemahaman pemain kerana berbeza apabila bermain di peringkat antarabangsa.

“Kita mempunyai penyerang yang laju dan berkemahiran. Namun, di samping itu, mereka juga harus bermain sebagai satu pasukan dan boleh nampak ada peningkatan di situ.

“Kredit juga harus diberikan kepada program NHDP (Program Pembangunan Hoki Kebangsaan) kerana kebanyakan daripada mereka adalah produk daripada program NHDP serta sekolah sukan dan sekolah-sekolah negeri,” katanya.

Bagaimanapun, Nasihin percaya mereka masih ada masa untuk memperbaiki segala kelemahan sebelum turun ke Piala Remaja Asia yang mana ia adalah pusingan kelayakan ke Piala Dunia Remaja 2027.

Dalam masa sama, beliau berharap anak-anak buahnya dapat mengikut protokal pemulihan yang ketat bagi mengelakkan kecederaan apabila beraksi dengan pasukan masing-masing di Sukan Malaysia (SUKMA) bermula 15 Ogos ini.

“Ada beberapa perkara yang harus diperbaiki, terutamanya pertahanan dan serang balas. Namun, saya gembira sebab pemain dapat berkumpul dalam persediaan sebelum SUKMA, jadi nampak persefahaman yang semakin baik.

“Kita bagi pemain berehat dulu sebelum mereka menyertai pasukan negeri masing-masing untuk SUKMA ini. Mereka ada protokol recovery yang ketat semasa SUKMA dan kita akan gunakan segala kemudahan yang ada di Institut Sukan Negara,” jelasnya. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – SHOGO TANAKA

Post navigation

Previous: MBK turut main peranan demi kejayaan hoki Pahang
Next: Sasha Alyssa 2x pecah rekod remaja kebangsaan

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.