Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

MBK turut main peranan demi kejayaan hoki Pahang

podiumontour August 7, 2026 2 minutes read
Hoki Kuantan

STADIUM Hoki Indera Mahkota di Kuantan telah dinaik taraf dan mendapat pengikitrafan daripada FIH pada April lalu. - PAHANG MEDIA

PAHANG boleh dianggap antara kuasa besar hoki tanah air ketika ini terutamanya di peringkat bawah umur dengan meraih pelbagai kejayaan sebelum ini menjelang temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2026 di Selangor bermula 15 Ogos ini.

Selain peranan Persatuan Hoki Pahang, penubuhan Akademi Hoki Pahang hasil cetusan idea Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang dirasmikan pada 2016 antara faktor penting kejayaan berkenaan.

Di sebalik semua itu, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) juga antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sangat menyokong pembangunan hoki negeri dan bertindak sebagai bapa angkat kepada Akademi Hoki Pahang.

Malah, MBK juga antara PBT yang mempunyai fasiliti terbaik seperti memiliki stadium dengan tiga padang hoki, penginapan kepada Akademi Hoki Pahang untuk menjalankan latihan dan kejohanan serta kemudahan pengangkutan.

Tak mustahil pada masa hadapan Kuantan dapat kembali menjadi venue kejohanan tempatan dan antarabangsa seperti dua penganjuran besar sebelum ini, Cabaran Juara-Juara 2014 dan Piala Remaja Asia 2015, sekali gus meyemarakkan lagi minat anak-anak muda kepada sukan hoki.

Datuk Zaliza
ZALIZA menyampaikan amanat yang penuh bersemangat kepada skuad hoki lelaki Pahang menjelang Sukma 2026.

“Kelebihan MBK kita ada stadium dan kita bekerjasama rapat dengan Persatuan Hoki Pahang. Saya rasa di masa akan datang, kita mungkin buat lebih banyak kejohanan sama ada di peringkat tempatan, negeri dan antarabangsa.

“Program pun kita ada benda nak buat di stadium, penambahbaikan dan sebagainya. Untuk tahun ini dah sendat sangat, jadi kita boleh rancang dan lihat ke depan,” kata Datuk Bandar MBK, Dato’ Zaliza Zulkipli.

Lebih menarik, projek naik taraf padang Stadium Hoki Indera Mahkota menelan peruntukan sebanyak RM3.3 juta juga sudah selesai dan mendapat pengiktirafan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).

Ia sekali gus meletakkan Pahang terutamanya Kuantan dalam kedudukan lebih kukuh untuk menganjurkan kejohanan hoki antarabangsa pada masa hadapan. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Pahang sedia rampas semula emas di Sukma 2026
Next: Jentera serangan Young Tigress hasilkan 28 gol

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.