Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Jepun sekat kemenangan kedua Speedy Tigers

podiumontour June 13, 2026 2 minutes read
Speedy Tigers

PEMAIN Malaysia, Andywalfian Jeffrynus (kanan) beraksi menentang Jepun malam tadi. - FIH

JEPUN kini boleh dianggap seteru baharu skuad hoki negara selepas mereka menang 4-1 dalam aksi Piala Negara-Negara FIH (Nations Cup) 2025-26 di Stadium Hartleyvale, Cape Town malam tadi.

Ia adalah kemenangan kedua berturut-turut Jepun ke atas Speedy Tigers sejak menang 5-4 dalam penentuan tempat ke-3&4 Kelayakan Piala Dunia di Mesir pada Mac lalu.

Jepun tampak lebih ke depan apabila langsung tak memberikan PC kepada Speedy Tigers dan pada masa sama berjaya menjaringkan dua gol PC.

Ketua jurulatih Speedy Tigers, Brendon Carolan kecewa tak berjaya meneruskan permulaan positif seperti menang 4-2 ke atas Scotland semalam.

“Sudah tentu kecewa kerana kami mahu meneruskan permulaan yang positif seperti menentang Scotland, namun hari ini belum cukup bagus.

“Kami perlu lebih bagus membawa bola tetapi kami terlalu ‘longgar’ dan sepatutnya kami harus memegang penguasaan dengan lebih baik daripada cuba menyerang setiap masa.

“Kami perlu lebih bagus dalam aksi selepas ini dan saya percaya kami boleh bangkit ke landasan yang tepat. Kami perlu pandang ke hadapan dan terus bekerja keras,” katanya.

Dalam aksi malam tadi, Speedy Tigers bermula positif dengan gol awal Faizal Saari pada minit ketiga sebelum Jepun bangkit mendahului 2-1 di hujung suku masa kedua.

Dua gol pantas itu hadir dalam tempoh dua minit menerusi pukulan sudut penalti Hyota Yamada dan jaringan padang Kazumasa Matsumoto pada minit ke-27 serta 29.

Usaha skuad negara mencari gol penyamaan berdepan kesukaran dan sering dipatahkan barisan pertahanan Jepun yang langsung tidak memberikan pukulan sudut penalti kepada Malaysia sepanjang perlawanan.

Sebaliknya, Jepun berjaya menambah dua lagi gol pada lewat permainan melalui gol padang Tsubasa Tanaka (m-51) dan pukulan sudut penalti Raiku Fujishima pada minit ke-56.

Kekalahan itu turut membayangi sejarah baharu dicipta kapten negara, Muhammad Marhan Jalil sebagai pemain Malaysia dengan penampilan terbanyak di pentas antarabangsa iaitu 350 kap.

Kini, barisan pemain perlu menunjukkan respons dan bangkit ke tahap sebenar dalam baki dua aksi Kumpulan A selepas ini menentang New Zealand (16 Jun) dan Korea Selatan pada 17 Jun nanti.  – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Kemenangan meyakinkan Malaysia, Azrai ledak hatrik
Next: Marhan cipta sejarah baharu 350 kaps antarabangsa

Related Stories

Speedy Tigers NZ
  • Hoki

Speedy Tigers terlepas tiket separuh akhir

podiumontour June 16, 2026
Marhan Jalil
  • Hoki

Marhan cipta sejarah baharu 350 kaps antarabangsa

podiumontour June 13, 2026
Speedy Tigers
  • Hoki

Kemenangan meyakinkan Malaysia, Azrai ledak hatrik

podiumontour June 11, 2026

Recent Posts

  • Siapa bakal jadi ratu pecut Terbuka Malaysia?
  • Bermulanya fasa baharu Azeem Fahmi
  • Speedy Tigers terlepas tiket separuh akhir
  • Marhan cipta sejarah baharu 350 kaps antarabangsa
  • Jepun sekat kemenangan kedua Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.