Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Marhan cipta sejarah baharu 350 kaps antarabangsa

podiumontour June 13, 2026 2 minutes read
Marhan Jalil

MARHAN mula membuat debut bersama skuad senior pada 2009. - FIH

KAPTEN Speedy Tigers, Marhan Jalil tidak pernah terbayang dia mampu membuat 350 kaps antarabangsa bersama skuad hoki negara sejak membuat debutnya pada 2009.

Bagi Marhan, ia satu penghormatan besar atas segala pengorbanan besarnya untuk mengukir sejarah sebagai pemain paling banyak penampilan antarabangsa bersama Malaysia, mengatasi pemegang rekod lama, Azlan Misron iaitu 349 kaps.

“Perasaan yang tak boleh bayangkan saya boleh pergi sejauh ni, tanpa kerja keras dan  sokongan daripada keluarga, rakan-rakan, jurulatih, pengurusan & penyokong selama ini, saya tak akan berada di tahap sekarang.

“Harapan saya dapat membantu pasukan menang lebih bermakna bagi saya. Dalam masa sama semoga pasukan terus bekerja keras untuk peroleh kejayaan di Nations Cup kali ini,” katanya kepada Podium On Tour.

Tonggak pertahanan itu membuat 350 kaps ketika menentang Jepun dalam aksi Piala Negara-Negara FIH (Nations Cup) 2025-26 di Stadium Hartleyvale, Cape Town semalam (12 Jun).

Marhan Jalil
MARHAN (dua dari kanan) diumumkan membuat 350 kaps antarabangsa ketika menentang Jepun semalam. – FIH

Antara kejayaannya bersama Speedy Tigers:

🥈🥈 Sukan Asia
🥈🥈🥈🥉Piala Asia
🥈🥉🥉🥉🥉Trofi Juara-Juara Asia
🥈🥈Piala Sultan Azlan Shah

Malangnya, Marhan mengalami kecederaan dan tidak terpilih ketika Speedy Tigers menamatkan penantian 39 tahun menjuarai Piala Sultan Azlan Shah 2022.

Kejayaan Marhan juga tidak hadir tanpa sebarang pengorbanan yang mana isterinya, Diana Ideris antara individu yang sentiasa bersama jatuh bangun suaminya sepanjang menyarung jersi skuad negara.

“Saya amat bangga dan terharu dengan pencapaiannya. Saya melihat sendiri perjalanan Marhan dari awal sehingga ke hari ini. Semuanya bukan mudah, perlukan disiplin, kerja keras, pengorbanan dan kesetiaan kepada negara,” katanya.

Marhan Jalil
MARHAN (tengah) turut memegang peranan penting sebagai kapten Speedy Tigers sejak 2020. – FIH

Diana turut berkongsi antara faktor utama kejayaan Marhan adalah sikapnya yang tidak mudah mengalah dan sentiasa memberikan yang terbaik demi melihat masa depan hoki diteruskan generasi muda.

“Di sebalik kejayaan di atas padang, ramai tak melihat pengorbanan Marhan. Pulang ke rumah pun masih lakukan analisis hoki dan dia juga sanggup berkorban apa sahaja buat pasukan kebangsaan walaupun ketika dalam keadaan yang sukar.

“Saya harap pencapaian ini menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berdisiplin, mengejar impian dan berusaha bersungguh-sungguh.

“Apapun yang terjadi, kami sentiasa bangga dengan dirinya, bukan hanya kerana rekod tetapi segala penat lelah dan dedikasi yang ditunjukkan sepanjang perjalanan ini,” ujar Diana. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – FIH

Post navigation

Previous: Jepun sekat kemenangan kedua Speedy Tigers
Next: Speedy Tigers terlepas tiket separuh akhir

Related Stories

Speedy Tigers NZ
  • Hoki

Speedy Tigers terlepas tiket separuh akhir

podiumontour June 16, 2026
Speedy Tigers
  • Hoki

Jepun sekat kemenangan kedua Speedy Tigers

podiumontour June 13, 2026
Speedy Tigers
  • Hoki

Kemenangan meyakinkan Malaysia, Azrai ledak hatrik

podiumontour June 11, 2026

Recent Posts

  • Siapa bakal jadi ratu pecut Terbuka Malaysia?
  • Bermulanya fasa baharu Azeem Fahmi
  • Speedy Tigers terlepas tiket separuh akhir
  • Marhan cipta sejarah baharu 350 kaps antarabangsa
  • Jepun sekat kemenangan kedua Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.