Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Kemenangan meyakinkan Malaysia, Azrai ledak hatrik

podiumontour June 11, 2026 2 minutes read
Speedy Tigers

BARISAN pemain negara merakam kemenangan pertama Nations Cup dengan menewaskan Scotland 5-2 hari ini. - FIH

PERMULAAN yang cukup positif ditunjukkan oleh skuad hoki negara menerusi kemenangan selesa 5-2 ke atas Scotland pada aksi pertama Kumpulan A Piala Negara-Negara I(Nations Cup) 2025-26 di Cape Town, Afrika Selatan hari ini.

Penyerang berbisa Speedy Tigers, Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal juga dalam kelasnya yang tersendiri apabila dinobatkan pemain terbaik perlawanan hasil kejayaannya meledak hatrik.

Persembahan meyakinkan itu sudah pasti akan meningkatkan semangat dan motivasi barisan pemain untuk memburu kemenangan kedua dalam Kumpulan A menentang Jepun esok.

Tiga mata penuh daripada Stadium Hartleyvale  itu juga menjadi permulaan langkah kanan buat ketua jurulatih Speedy Tigers, Brendon Carolan selepas beliau dilantik pada Mac lalu.

“Kami mulakan kejohanan dengan bagus dan benar-benar mahukan tiga mata menentang Jepun esok bagi menebus apa yang berlaku di Mesir sebelum ini. Ia sangat positif dalam tempoh persediaan tiga bulan kami menuju ke kejohanan ini,” kata Carolan.

Speedy Tigers turun penuh bersemangat tinggi untuk membuktikan kemampuan sebenar mereka dan berhasil membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi gol padang Mohamad Akhimullah Anuar Esook.

Kebijaksanaan Malaysia membaca kesilapan pemain Scotland membuah hasil apabila berjaya meraih penalti stroke yang disempurnakan dengan baik oleh Azrai pada minit ke-34.

Biarpun Scotland merapatkan jurang dengan gol penalti stroke Jamie Golden pada minit ke-39, namun ia tidak mematahkan semangat Malaysia yang meledak gol ketiga melalui Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi tiga minit kemudian.

Speedy Tigers terus selesa mendahului 4-1 menerusi gol kedua peribadi Azrai pada minit ke-49 walaupun Scotland berjaya menyumbat gol kedua mereka hasil pukulan sudut penalti Andrew McConnell pada minit ke-57.

Namun, Scotland akhirnya terpaksa juga mengibarkan bendera putih selepas Azrai melengkapkan hatrik memastikan kemenangan 5-2 Malaysia ke atas Scotland pada minit ke-59.

“Alhamdulillah syukur, kita tahu scotland bagi persaingan yang bagus tetapo apa yg kita nampak daripada perlawanan ini adalah siapa yang ambil peluang akan menang.

“Saya sangat gembira kerana jaringan pertama saya dapat meningkatkan lagi motivasi pasukan terus mencari gol untuk memenangi perlawanan hari ini,” kata Akhimullah. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – FIH

Post navigation

Previous: Auburn rekod masa ke-14 terpantas 4x100m dunia
Next: Jepun sekat kemenangan kedua Speedy Tigers

Related Stories

Young Tigers
  • Hoki

Jelajah India pentas penilaian akhir Young Tigers

podiumontour August 1, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

3 pemain bakal buat penampilan ke-4 Piala Dunia

podiumontour July 30, 2026
hoki piala dunia
  • Hoki

Speedy Tigers ambil inspirasi kejayaan Cape Verde

podiumontour July 27, 2026

Recent Posts

  • Jelajah India pentas penilaian akhir Young Tigers
  • Azizulhasni buktikan pakar taktikal keirin dunia
  • Jojo perlu menunggu lagi, tewas kepada Ondash
  • Shanti Pereira cipta sejarah baharu di Sukan Komanwel
  • Aqilah cipta sejarah baharu angkat berat
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.