Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Jonghyun masih relevan, tutup mulut pengkriktik

podiumontour April 13, 2026 2 minutes read
Jang Jonghyun

JONGHYUN menunjukkan Piala Sumbangsih dimenanginya bersama TNB musim 2026 ini.

BIARPUN sudah berusia 42 tahun tetapi Jang Jonghyun membuktikan TNB ThunderStars membuat keputusan tepat mengekalkan khidmatnya musim ini.

Sebelum ini, ada peminat mempersoalkan kehadiran Jonghyun disebabkan faktor usia selain penyudahnya seakan sudah berkarat.

Ia menerusi hanya dua gol terhasil daripada pakar flick itu semasa kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 di Santiago, Chile yang menyaksikan Korea Selatan di tangga tercorot.

Kini, Jonghyun membalasnya dengan hatrik termasuk gol kemenangan 5-4 ke atas Pasukan Hoki Terengganu (THT) dalam aksi Piala Sumbangsih di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 11 April lalu.

“Saya meraikan gol terakhir itu kerana saya sangat gembira dapat capai KPI (petunjuk prestasi utama) memenangi trofi buat TNB.

“Saya tak fikir panjang bila TNB hubungi, jadi saya nak bantu TNB menang dua lagi trofi selepas ini,” katanya eksklusif kepada Podium On Tour.

Jonghyun bukan nama asing di sini kerana sudah berada dalam kancah Liga Hoki Malaysia (MHL) sejak 2016 dan hanya tiada selama dua tahun pada 2021 dan 2022.

Dalam tempoh itu, Jonghyun hanya terlepas gelaran penjaring terbanyak kepada tiga pemain iaitu Gonzalo Peillat ketika edisi 2018, Azrai Aizad Abu Kamal (2023, 2024) dan Faizal Saari (2025). – PODIUM ON TOUR

Statistik Jang Jonghyun 2016-2026

2016 – 16 gol (THT) *
2017 – 28 gol (THT) *
2018 – 12 gol (KLHC)
2019 – 22 gol (THT) *
2020 – 23 gol (THT) *
2021 – Tak sertai
2022 – Tak sertai
2023 – 23 gol (THT)
2024 – 26 gol (TNB)
2025 – 12 gol (TNB)
2016 – 3 gol (TNB) **

*Penjaring terbanyak
**Baru 1 perlawanan musim 2026

Post navigation

Previous: Young Elephants Pahang kalah cara bermaruah
Next: Sasaran setiap kejohanan 16.8m, NR – Izzul Haniff

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.