Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Young Elephants Pahang kalah cara bermaruah

podiumontour April 13, 2026 1 minute read
Young Elephants Pahang

PAHANG (jersih putih) berjaya memberikan tentangan dalam cara tersendiri walaupun tewas 2-5 kepada Maybank semalam (12 April). - MHC

ADA sebab tersendiri Young Elephants Pahang boleh ‘bergembira’ walaupun tewas 2-5 kepada Maybank dalam aksi Liga Hoki Malaysia (MHL) 2026 di Kompleks Sukan Pahang, Kuantan semalam (12 April).

Pertama, Pahang terlebih dahulu meledak gol ke atas Maybank yang disebut-sebut antara pasukan pilihan, menerusi pukulan sudut penalti (PC) melalui Tengku Nasrul Ikmal Tengku Abd. Rahim pada minit ke-13.

Keduanya, Pahang berjaya menyukarkan barisan serangan Maybank selain mampu membuatkan pertahanan lawan ‘berpeluh’ hingga meraih gol padang di suku terakhir menerusi Muhammad Noor Firdaus Rosdi.

Malah, jurulatih Maybank, Iman Gobinathan turut memuji beberapa pemain Pahang yang disifatkan mempunyai potensi cukup besar.

Pengendali Pahang, Mohd. Sufian Mohamad tidak peduli mengenai keputusan, sebaliknya gembira dengan keberanian ditunjukkan anak-anak buahnya dalam aksi itu.

“Permulaan pun pemain tak ada rasa gugup, gementar untuk masuk padang. Ini adalah petanda positif untuk berikan keyakinan pada pemain-pemain muda.

“Mereka berani pegang bola, merancang, pergi serang walaupun Maybank dipenuhi pemain-pemain berpengalaman. Sangat bagus untuk pembangunan di tahap ini.

“Di tempat sendiri, ramai penyokong yang datang. Saya harap mereka dapat kekalkan momentum seperti hari ini,” katanya kepada Podium On Tour selepas tamat perlawanan.

Aksi seterusnya menyaksikan Pahang akan bertemu UiTM HA-KPT di Kuantan pada 25 April nanti. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: JDT Racing Team, Hafizh Syahrin tempa sejarah
Next: Jonghyun masih relevan, tutup mulut pengkriktik

Related Stories

Shafiq Ammar
  • Hoki

Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun

podiumontour July 12, 2026
Speedy Tigers
  • Hoki

Kecederaan tiga tonggak tak resahkan Speedy Tigers

podiumontour July 11, 2026
Young Tigers
  • Hoki

Young Tigers jumpa ramuan benam Jepun B21

podiumontour July 11, 2026

Recent Posts

  • Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
  • TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
  • Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
  • Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
  • Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.