Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Sasaran setiap kejohanan 16.8m, NR – Izzul Haniff

podiumontour April 13, 2026 1 minute read
Izzul Haniff

IZZUL (tengah) akan turun ke Singapura dengan rekod peribadi terbaik 16.44 yang meletakkannya sebagai atlet lompat kijang terbaik sepanjang zaman Malaysia. - SUKAN IPT

HANYA satu matlamat dalam fikiran atlet pelapis kebangsaan, Izzul Haniff Mohd Raffi dalam mana-mana kejohanan disertainya selepas ini bermula Terbuka Singapura dari 15 hingga 17 April ini.

Izzul, 23, mencipta sensasi awal tahun ini apabila mencipta nama sebagai atlet lompat kijang ketiga sepanjang zaman Malaysia dengan catatan 16.44 meter (m).

Kini, atlet dari Shah Alam, Selangor itu memasang hajat untuk melakukan lompatan melepasi jarak 16.8m, sekali gus memadam rekod kebangsaan (NR) 16.77m dipegang Hakimi Ismail sejak 2017.

“Sasaran di sana 16.8m. Sebenarnya setiap kejohanan selepas ini memang saya sasarkan 16.8m.

“Rekod kebangsaan sasaran pertama. Selagi tak dapat, saya akan cuba. Bila dah berjaya, baru saya letak sasaran baharu,” kata Izzul kepada Podium On Tour.

Dengan mentaliti yang tinggi, tidak mustahil Izzul mampu memperbaharui rekod milik Hakimi jika dia terus menunjukkan progres positif di bawah bimbingan jurulatihnya, Ahmad Firdaus Salim.

Turut beraksi di Singapura dalam acara lompat kijang ialah Nur Khaleesa Yasmin Awang yang akan turut menyertai acara lompat jauh wanita.

Pemegang rekod lompat jauh kebangsaan yang juga pemenang pingat emas Sukan SEA Thailand 2025, Andre Anura Anuar juga mengambil bahagian di Singapura. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – SUKAN IPT

Post navigation

Previous: Jonghyun masih relevan, tutup mulut pengkriktik
Next: Terbuka Singapura ala ‘mini Sukan SEA’

Related Stories

Jing Xuan
  • Olahraga

Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT

podiumontour August 31, 2026
Cecilia Maksimon
  • Olahraga

Cecilia tak jangka raih gangsa Masters Dunia 2026

podiumontour August 26, 2026
Masters Dunia
  • Olahraga

Trio 10km jalan kaki banggakan Malaysia di Masters Dunia 2026

podiumontour August 26, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.