Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Juara treble, Negeri Sembilan rampas status gergasi hoki

podiumontour May 17, 2026 2 minutes read
Negeri Sembilan

NEGERI Sembilan meraikan kejayaan mereka menjuarai gelaran treble pada saingan MHL kali ini. - PODIUM ON TOUR

NEGERI Sembilan membuktikan mereka layak digelar gergasi hoki wanita tanah air selepas mengesahkan kejuaraan treble Liga Hoki Malaysia (MHL) musim ini.

Piala Vivian May Soars 2026 menjadi pelengkap gemilang kempen Negeri Sembilan yang terlalu dominan menewaskan kelab Australia, Territory Stingers 5-2 pada final di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil malam tadi (17 Mei).

Ia menjadi trofi ketiga buat Negeri Sembilan selepas terdahulu memenangi Piala Sumbangsih dan liga wanita, sekali gus mengulangi pencapaian kali terakhir pada 2023.

Dalam aksi itu, Negeri Sembilan tidak mengambil masa lama apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-11 menerusi Nur Afiqah Syahzani Azahar.

Penguasaan skuad bimbingan Shaiful Azli Abd Rahman itu berterusan dengan tambahan dua lagi gol dalam tempoh tiga minit terakhir suku masa kedua.

Ia terhasil menerusi Raja Norsharina Raja Shabuddin pada minit ke-27 dan Nuramirah Shakirah Zulkifli yang menampan masuk gerakan menarik daripada Vandana Katariya berselang tiga minit kemudian.

Bersambung suku masa ketiga, Negeri Sembilan memastikan trofi ‘sebelah kaki’ milik mereka dengan dua lagi gol menjadikan kedudukan 5-0 menerusi Vandana dan Fatin Shafika Mahd Sukri pada minit ke-33 serta 35.

Walaupun Territory Stingers cuba bangkit dengan dua gol dalam 10 minit terakhir melalui Penny Squibb (m51) dan Samantha Pangquee (m55), namun ia sudah terlambat untuk menghalang kemenangan Negeri Sembilan. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Azeem tebus duka, bantu Auburn ulangi sejarah
Next: Peluang muka baharu rebut slot 20 terbaik Speedy Tigers

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.