Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Azeem tebus duka, bantu Auburn ulangi sejarah

podiumontour May 17, 2026 1 minute read
Azeem

AZEEM (belakang, dua dari kiri) menunjukkan pingat emas 4x100m SEC dimenanginya hari ini (17 Mei). - AUBURN UNIVERSITY

RAJA pecut Malaysia, Muhammad Azeem Fahmi sudah melupakan kekecewaan gagal ke final 100 meter (m) Kejuaraan SEC 2026 semalam, apabila berjaya menaiki podium juara 4x100m hari ini (17 Mei).

Azeem selaku pelari tetap kuartet 4x100m, memastikan pingat emas SEC yang pertama buat Universiti Auburn dalam acara itu selepas kali terakhir mereka menjuarainya pada 1997.

Menariknya, Azeem bersama Kanyinsola Ajayi, Austin Kresley dan Tyler Davis memenangi 4x100m dengan catatan masa 38.07 saat (s), terpantas NCAA di Amerika Syarikat tahun ini.

Pingat perak 4x100m SEC dimenangi kuartet LSU, Jeremiah Walker, Jaiden Reid, Shakeem McKay dan Joshua Caleb dengan masa 38.35s.

Tempat ketiga menjadi milik Tennessee yang diwakili Traunard Folson, Davonte Howell, T’Mars McCallum dan Elijah Clark menerusi catatan 38.51s.

Kejayaan itu kembali meningkatkan semangat Azeem, pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou 2022, yang mahu terus memandang ke hadapan selepas mencatat masa 10.31s untuk menamatkan saringan di tempat ketiga.

Pemegang rekod 100m kebangsaan dengan masa 10.09s itu terlepas tiket automatik yang ditawarkan kepada juara peringkat saringan.

Selepas ini, Azeem akan menyertai Kelayakan NCAA di Lexington dari 27 hingga 30 Mei ini. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – AUBURN UNIVERSITY

Post navigation

Previous: Umar Osman pecah rekod berusia 58 tahun
Next: Juara treble, Negeri Sembilan rampas status gergasi hoki

Related Stories

Umar Osman
  • Olahraga

Umar Osman pecah rekod berusia 58 tahun

podiumontour May 17, 2026
Danish Iftikhar
  • Olahraga

2 pencabar Danish Iftikhar ada PB 10.06s & 10.08s

podiumontour May 16, 2026
Azeem Fahmi
  • Olahraga

Azeem, Ajayi terlepas final SEC 2026 di Auburn

podiumontour May 16, 2026

Recent Posts

  • Peluang muka baharu rebut slot 20 terbaik Speedy Tigers
  • Juara treble, Negeri Sembilan rampas status gergasi hoki
  • Azeem tebus duka, bantu Auburn ulangi sejarah
  • Umar Osman pecah rekod berusia 58 tahun
  • Maybank pantang menyerah, pertahan rekod tak kalah
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.