Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Peluang muka baharu rebut slot 20 terbaik Speedy Tigers

podiumontour May 18, 2026 2 minutes read
Speedy Tigers Nabil Irfan

NABIL IRFAN (kanan) beraksi cemerlang membantu Thunderbolts menamatkan pusingan pertama Liga Hoki Malaysia (MHL) 2026 di tangga keempat. - HOKITA

KONFEDERASI Hoki Malaysia (MHC) mengumumkan senarai 34 pemain terpilih dalam kem skuad hoki lelaki kebangsaan dengan beberapa muka baharu dalam persediaan menghadapi tiga kejohanan utama selepas ini.

Menariknya, ketua jurulatih Speedy Tigers, Brendon Carolan memberi kepercayaan kepada tiga pemain skuad remaja kebangsaan daripada TNB Thunderbolts, Nabil Irfan Yusof, Safwan Salihe dan Rahuul Fazrien Nazrien.

Beberapa nama lain dipanggil adalah dua penjaga Maybank, Zaimi Mat Deris dan Che Shahrul Azmi Che Saupi, manakala Adrian Andy Albert dari UiTM HA-KPT tidak terpilih kali ini.

Begitu juga bintang baharu TNB Thunderstars, Syawal Abd Razak serta empat pemain THT, Mughni Mohamad Kamal, Che Nur Aqilrullai Che Mohd Khairulzi Anwar dan Muhammad Addy Jazmi Jamlus.

Aminuddin Zain yang pernah beraksi di Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar-Rourkela, India dan berkemampuan mengambil pukulan sudut penalty dari TNB Thunderstars, juga kembali tersenarai.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan MHC, Datuk Najmi Razak berkata, ini adalah peluang keemasan untuk mereka membuktikan kemampuan bersama skuad senior.

“Ini antara penambahbaikan pasukan yang kami ketengahkan, memberikan pendedahan terbaik kepada pemain remaja dan kami mahukan dengan segala pengalaman nanti, mereka mampu untuk memimpin pemain remaja yang lain.

“Kami juga mahu pastikan pemain-pemain remaja apabila diperlukan menggalas tugas kebangsaan, mereka sedia menyahut cabaran selain jurang dengan pemain senior lain tidak terlalu jauh,” katanya.

Kesemua mereka masih perlu merebut tempat berada dalam senarai akhir 20 pemain ke saingan Piala Negara-Negara (Nations Cup) FIH di Cape Town, Afrika Selatan dari 11 hingga 20 Jun ini.

Kemudian dua pentas utama menanti Speedy Tigers iaitu Piala Dunia di Belgium (14–30 Ogos) dan Sukan Asia Aichi-Nagoya, Jepun dari 19 September-4 Oktober. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – HOKITA

Post navigation

Previous: Juara treble, Negeri Sembilan rampas status gergasi hoki
Next: Hafidzul tak puas selagi belum cecah 5m

Related Stories

Shafiq Ammar
  • Hoki

Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun

podiumontour July 12, 2026
Speedy Tigers
  • Hoki

Kecederaan tiga tonggak tak resahkan Speedy Tigers

podiumontour July 11, 2026
Young Tigers
  • Hoki

Young Tigers jumpa ramuan benam Jepun B21

podiumontour July 11, 2026

Recent Posts

  • Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
  • TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
  • Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
  • Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
  • Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.