Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Kecederaan tiga tonggak tak resahkan Speedy Tigers

podiumontour July 11, 2026 2 minutes read
Speedy Tigers

SKUAD negara berjaya mencatat keputusan seri 3-3 menentang Afrika Selatan awal pagi tadi (11 Julai). - MHC/ACK SPORTS PHOTOGRAPHY

KETUA jurulatih skuad hoki senior lelaki kebangsaan, Brendon Carolan berpuas hati dengan keseluruhan prestasi para pemain terutama peningkatan ditunjukkan dalam dua aksi terakhir menentang Afrika Selatan.

Dua aksi terakhir itu menyaksikan Speedy Tigers seri 2-2 pada Jumaat (10 Julai) serta terbaharu 3-3 awal pagi tadi (11 Julai) selepas membuka kempen siri ujian antarabangsa dengan kekalahan 1-3 dan 1-2 sebelum ini.

Apa yang lebih menggembirakan Carolan adalah Speedy Tigers berjaya mempamerkan kebangkitan dengan meledak gol lewat permainan bagi memastikan pasukan mengelak daripada mengalami kekalahan.

Lebih menarik, seri 3-3 dengan Afrika Selatan awal pagi tadi juga hadir tanpa tiga tonggak berpengalaman termasuk kapten, Muhammad Marhan Mohd Jalil, Faiz Helmi Jali dan Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi kerana kecederaan.

“Kecederaan ini tidak begitu serius, tetapi ia membuka ruang kepada pemain lain untuk merebut peluang dan mempamerkan prestasi yang baik.

“Jadi ini peluang yang baik untuk pemain-pemain lain tampil ke hadapan dan siri ini juga memberi peluang kepada beberapa pemain muda untuk meraih pendedahan di peringkat antarabangsa.

“Suasana yang sangat kompetitif ini turut mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baik untuk seluruh pasukan dan pada masa sama memperkukuhkan kedalaman skuad,” katanya.

Speedy Tigers meraih dua gol menerusi pukulan sudut penalti (PC) Azimuddin Syakir Kamaruddin dan jaringan padang Mohamad Akhimullah Anuar Esook pada minit ketujuh serta ke-11.

Afrika Selatan yang muncul naib juara Piala Negara-Negara 2025-26 bangkit mengikat kedudukan 2-2 menerusi dua gol padang Trevor de Lor dan Senzwesihle Ngubane pada minit ke-20 serta 34.

Naib juara Piala Negara-Negara 2025-26 itu kemudiannya mendahului 3-2 menerusi Cassiem Mustaphaa pada minit ke-55 sebelum Azrai Aizad Abu Kamal menyamakan kedudukan buat Speedy Tigers berselang dua minit kemudian.

Skuad negara akan melengkapkan lima siri ujian antarabangsa menentang Afrika Selatan di Durban North petang esok (12 Julai). – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC/ACK SPORTS PHOTOGRAPHY

Post navigation

Previous: Young Tigers jumpa ramuan benam Jepun B21
Next: Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.