Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara

podiumontour July 11, 2026 2 minutes read
Armin Zahryl Rekod Malaysia

ARMIN (baju kuning) mengucapkan tahniah kepada Shiqi yang memenangi saringan 1 hari ini.

BINTANG meningkat naik, Armin Zahryl Abd Latif terus mencipta sensasi dalam arena olahraga tanah air apabila kali ini memecahkan rekod 110 meter (m) lari berpagar kebangsaan yang sudah berusia sembilan tahun.

Armin, 21, mencatat 13.63 saat (s) untuk meraih tempat kedua peringkat saringan 1 Kejohanan Olahraga Asia Bawah 23 Tahun (B23) 2026 di Ordos, China hari ini, ssekali gus memadam rekod kebangsaan, 13.67s dilakukan Rayzam Shah Wan Sofian di Weinheim, Jerman pada 2017.

“Alhamdullillah saya sangat berpuas hati dan sangat bersyukur dengan kejayaan hari ini. Rezeki Allah beri dekat saya hari ini dengan (catatan) 13.63s dan saya akan buat lebih baik, tawakal kepada Allah untuk final esok,” kata Armin.

Menariknya, kejayaan Armin turut melonjakkannya ke ranking ketiga sepanjang zaman Asia Tenggara, malah berjaya mengatasi catatan rekod Sukan SEA, 13.66s milik John Cabang Tolentino yang mana dia kini pelari terpantas Asia Tenggara dengan PB 13.37s.

Top 10 All Time ASEAN

John Cabang (filipina) 13.37s
Jamras Rittidet (Thailand) 13.61s
Armin Zahryl Abd Latif (Malaysia) 13.63s
Natthaphon Dansungnoen (Thailand) 13.65s
Rayzam Shah Wan Sofian (Malaysia) 13.67s
Elvin Yap Zhi Xian (Malaysia) 13.72s
Nur Herman Majid (Malaysia) 13.73s
Ang Chen Xiang (Singapura) 13.77s
Clinton Kingsley Bautista (Filipina) 13.78s
Narongdet Janjai (Thailand) 13.82

Kejayaan Armin sebenarnya sudah dijangka kerana konsisten dengan larian bawah 13.9s sejak dia memenangi pingat gangsa Sukan SEA Thailand 2025 pada Disember tahun lepas.

Sejak itu, atlet dari Terengganu tersebut tidak lagi menoleh ke belakang apabila mencatat 13.82s di Terbuka Singapura pada April diikuti 13.85s dan 13.87s di Terbuka Taiwan dan 13.90s di Terbuka Malaysia bulan lepas.

Di final esok, Armin bakal berdepan cabaran daripada dua pilihan utama dari China, Shiqi Zaho dan Zijun Zhang yang masing-masing mencatat 13.58s serta 13.61s di peringkat saringan tadi.

Selain Armin, seorang lagi pelari 110m berpagar negara, Elvin Yap Zhi Xian turut melangkah ke final esok selepas mencatat rekod peribadi (PB) baharu dengan catatan 13.72s. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – ASIAN ATHLETICS

Post navigation

Previous: Kecederaan tiga tonggak tak resahkan Speedy Tigers
Next: Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?

Related Stories

Armin Zahryl
  • Olahraga

Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia

podiumontour July 13, 2026
Azeem 4x100m
  • Olahraga

Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?

podiumontour July 12, 2026
Azeem Fahmi
  • Olahraga

Amaran awal Azeem Fahmi buat pencabar Asia

podiumontour July 10, 2026

Recent Posts

  • Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
  • TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
  • Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
  • Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
  • Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.