Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Kecewa 45 saat terakhir, THT enggan hilang 2 lagi trofi

podiumontour April 12, 2026 2 minutes read
THT

IMPORT THT, Samukelo Mvimbi (kiri) bersaing dengan Jonghyun dalam aksi Piala Sumbangsih di Stadium Hoki Batu Buruk semalam. - MHC

ENGGAN pisang berbuah dua kali, Pasukan Hoki Terengganu (THT) tekad memperbaiki kesilapan agar dapat mempertahankan dua lagi trofi milik mereka selepas ini.

THT bangkit daripada ketinggalan dengan mengikat kedudukan 4-4 dalam suku masa keempat, namun ia tidak membawa makna apabila TNB ThunderStars meledak gol kelima ketika aksi berbaki 45 saat saja lagi.

Gol itu dihasilkan menerusi pakar flik dari Korea Selatan, Jang Jonghyun yang turut meledak hatrik dan muncul wira TNB untuk merampas gelaran Piala Sumbangsih.

Ia meleburkan impian para peminat setia THT yang membanjiri Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu semalam (11 April) apabila aksi tamat dengan keputusan 4-5.

Ketua jurulatih THT, Mohd Harfizi Baharom akur dengan kekalahan itu, tetapi sedia berjuang hingga penghujung musim dengan memastikan Liga Hoki Malaysia (MHL) dan Piala TNB terus kekal milik mereka.

“Secara peribadi kalau pergi mana-mana pun, kita akan terasa perit sebab ia berlaku di penghujung perlawanan.

“Namun, saya lihat banyak perkara positif walaupun kekurangan pemain, namun kami ada semangat melawan. Kami tahu jumpa dengan mana-mana pasukan berstatus tinggi pun, kami boleh bermain dengan elok.

“Kami akan fight lagi, kami akan bangkit kembali untuk kedua-dua trofi selepas ini,” katanya kepada Podium On Tour selepas tamat perlawanan di Stadium Hoki Batu Buruk semalam.

THT tidak boleh membenarkan kekecewaan terus menyelubungi diri kerana selepas ini mereka akan bertemu satu lagi pilihan ‘Big 3’, Maybank di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada Jumaat ini (17 April).

Juara treble musim lalu itu perlu menang aksi tersebut untuk mula mengutip mata selepas tewas Piala Sumbangsih semalam yang merupakan aksi pertama MHL 2026. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Piala Sumbangsih trofi pertama TNB ThunderStars
Next: Maybank anggap kemenangan yang ‘susah’

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.