Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Maybank anggap kemenangan yang ‘susah’

podiumontour April 12, 2026 2 minutes read
Maybank

NAJMI (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan, menewaskan Young Elephants hari ini.

KETUA jurulatih Maybank, Iman Gobinathan menuntut penyudah lebih klinikal walaupun menang 5-2 ke atas Young Elephants Pahang pada aksi Liga Hoki Malaysia (MHL) 2026 di Kompleks Sukan Pahang (Sukpa), Kuantan hari ini (12 April).

Selain faktor aksi pertama, cuaca panas juga mungkin sedikit sebanyak mengganggu rentak perlawanan biarpun mempunyai keseluruhan sembilan pukulan sudut penalti (PC).

“Kemenangan yang ‘susah’. Terlalu banyak kesilapan dalam hantaran dan penerimaan bola. Kalau kita main mana-mana pasukan yang bertahan, memang susah nak masuk.

“Cuaca main peranan juga, kalau terlalu panas, akan perlahankan rentak permainan. Jadi, bila sampai masa kita asyik lari, lari, lari, kita akan penat. Itu biasalah.

“Cuma kita dapat cukup peluang, ada cukup serangan dan jaringkan empt PC, namun masih boleh dibaiki selepas ini,” katanya kepada Podium On Tour selepas tamat perlawanan di Sukpa hari ini.

Young Elephants mencipta kejutan dengan gol PC melalui Tengku Nasrul Ikmal Tengku Abd. Rahim pada minit ke-13 sebelum Nur Asyraf Ishak menyudahkan PC, mengikat kedudukan Maybank dua minit kemudian.

Maybank kemudian menambah dua lagi gol PC menerusi Najmi Farizal Jazlan dan Shahril Saabah pada minit ke-21 serta 23.

Gol padang Khairul Norizam dan satu lagi jaringan PC daripada Najmi memastikan Maybank selesa mendahului 5-1.

Usaha Young Elephants yang berkali-kali menyukarkan benteng pertahanan Maybank wajar diberi pujian apabila berjaya meraih jaringan kedua menerusi serangan balas disudahkan Noor Firdaus Rosdi.

Selepas ini, Maybank akan bertemu Pasukan Hoki Terengganu untuk aksi kedua MHL di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada 17 April ini. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Kecewa 45 saat terakhir, THT enggan hilang 2 lagi trofi
Next: JDT Racing Team, Hafizh Syahrin tempa sejarah

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.