Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Kedah mampu jadi pencabar di masa depan

podiumontour May 22, 2026 2 minutes read
Kedah Nazirul

NAZIRUL (dua dari kiri) antara permata Kedah yang berjaya memikat hati barisan kejurulatihan Malaysia B18 ke Piala Asia B18 minggu depan.

KESELURUHAN prestasi Kedah pada Kejohanan Hoki Bawah 16 Tahun (B16) Kebangsaan wajar dibanggakan meskipun kedua-dua skuad lelaki dan wanita tidak berjaya mara ke separuh akhir.

Ia bukanlah satu kegagalan, sebaliknya menjadi satu petanda yang cukup positif bahawa Kedah mempunyai pemain-pemain berbakat dan berpotensi mewakili pasukan kebangsaan untuk mana-mana peringkat umur pada masa depan.

Ia terbukti apabila kapten Kedah, Muhammad Nazirul Jasni yang genap usia 16 tahun pada 25 Mei ini, terpilih mewakili Malaysia ke Piala Asia B18 berlangsung di Kakamigahara, Jepun dari 29 Mei hingga 7 Jun ini

Presiden Persatuan Hoki Negeri Kedah, Mohd Rodzhanizam Mat Radzi percaya, bantuan dan sokongan daripada semua pihak mampu melahirkan lebih ramai pemain dalam usaha memantapkan lagi pasukan.

“Ada beberapa pemain lelaki yang berpotensi untuk berada dalam skuad kebangsaan di masa depan. Wanita juga ada 2-3 pemain yang bagus dan boleh diketengahkan ke peringkat lebih atas.

“Kita harap JPN dan sekolah-sekolah termasuk sekolah sukan negeri serta harian memberi lebih sokongan dan bekerjasama dengan persatuan untuk kita bangunkan hoki di Kedah agar kita dapat lebih lagi pemain.

“Kita juga berharap pemain-pemain di Kedah akan sertai program NHDP (Program Pembangunan Hoki Negara), jadi kita dapat satu pasukan yang lebih kuat dan mantap pada masa depan,” katanya kepada Podium On Tour.

Skuad lelaki Kedah berjaya memberikan tentangan sengit sehingga ke perlawanan terakhir dalam perebutan ke separuh final sebelum akur menamatkan Kumpulan B di tempat keempat.

Begitu juga skuad wanita di tempat keempat yang mana kedua-dua pasukan berjaya memenangi dua daripada enam perlawanan dalam kumpulan masing-masing.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat. Pihak persatuan, jurulatih, pengurus pasukan dan yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung dengan pasukan hoki Kedah B16 lelaki dan wanita,” tambah Rodzhanizam.

Barisan kejurulatihan skuad lelaki Kedah diketuai Mohamad Fauzi Abd Rahim, Ahmad Zahir Abd Manan, Nur Fazlene Aiffa Razali dan Muhammad Adam Hushaini.

Skuad wanita pula di bawah bimbingan Muhamad Farid Md. Zuki, Nor Ashikin Halim, Nur Syaza Syamimi Sobri, Mohd Azlan Ahmad dan Amanina Dayini Rizuwan.

Kedah antara pasukan yang berjaya menunjukkan sistem permainan menarik dan jika ia berterusan selain melahirkan lebih ramai pemain berbakat, tidak mustahil mereka mampu menjadi pencabar serius. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Hafidzul tak puas selagi belum cecah 5m
Next: ‘KEJOR:120 Minit Gila di Shah Alam’ dokumentasi sejarah 18 tahun

Related Stories

Shafiq Ammar
  • Hoki

Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun

podiumontour July 12, 2026
Speedy Tigers
  • Hoki

Kecederaan tiga tonggak tak resahkan Speedy Tigers

podiumontour July 11, 2026
Young Tigers
  • Hoki

Young Tigers jumpa ramuan benam Jepun B21

podiumontour July 11, 2026

Recent Posts

  • Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
  • TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
  • Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
  • Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
  • Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.