Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Xtra

‘KEJOR:120 Minit Gila di Shah Alam’ dokumentasi sejarah 18 tahun

podiumontour May 22, 2026 2 minutes read
Meor Kejor

MEOR menunjukkan naskhah KEJOR:120 Minit Gila Di Shah Alam pada majlis pelancaran baru-baru ini. - MEOR ABDULLAH SYAMIM

PENANTIAN selama 18 tahun Perak untuk menjulang kembali trofi agung bola sepak tempatan kini diabadikan dalam bentuk karya fizikal menerusi pelancaran buku sukan indie bertajuk ‘KEJOR: 120 Minit Gila Di Shah Alam’.

Karya penulisan sulung oleh Meor Abdullah Syamim, seorang pengamal media sukan tempatan dan anak jati Chemor, dilancarkan secara rasmi pada Ahad lalu (17 April) dalam satu majlis eksklusif bertempat di TwentyOne.cafe, Meru.

Buku itu membawakan kronologi terperinci, sorotan emosi belakang tabir, serta debaran kemuncak perlawanan Akhir Piala Malaysia 2018 yang menyaksikan skuad ‘The Bos Gaurus’ bangkit dalam drama penuh kegilaan menentang Terengganu FC.

Meor Kejor
NASKHAH ini membawa kronologi terperinci perlawanan Akhir Piala Malaysia 2018 antara Perak menentang Terengganu. – MEOR ABDULLAH SYAMIM

Melalui naskhah itu, pembaca dibawa mengimbau kembali setiap peluh, air mata, dan sorakan ribuan penyokong setia yang menggegarkan Stadium Shah Alam pada malam penuh bersejarah tersebut.

Menurut Meor, naskah indie berkenaan diterbitkan khusus demi memastikan legasi dan momen keramat bola sepak negeri Perak tidak ditelan zaman, sekali gus menjadi rujukan generasi penyokong akan datang.

Projek penulisan itu juga mendapat sentuhan kerjasama erat daripada barisan bekas pemain dan komuniti sukan bagi memastikan setiap fakta yang direkodkan adalah tulen dan mempunyai nilai sentimental yang tinggi.

Meor Kejor
MEOR (kiri) bersama Nazirul Naim yang juga pemilik TwentyOne.cafe pada majlis pelancaran buku berkenaan baru-baru ini. – MEOR ABDULLAH SYAMIM

Pelaksanaan majlis pelancaran dan penerbitan buku ini turut dijayakan melalui jalinan kerjasama dengan beberapa entiti tempatan yang bertindak sebagai rakan strategik dan penaja rasmi.

Antaranya seperti AFX Jersey, Minyak Afiat dan Caien Transport Pangkor yang memberikan sokongan penuh dalam menjayakan majlis pelancaran ini dan Jingga Print (Rakan Strategik Printing).

Nazirul Naim Che Hashim iaitu pemain skuad juara 2018 yang juga pemilik TwentyOne.cafe hadir sebagai tetamu khas bagi memberikan sokongan padu terhadap usaha pendokumentasian sejarah ini. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Kedah mampu jadi pencabar di masa depan
Next: Kemuncaknya Olimpik, tak mahu tunggu 4 tahun lagi

Related Stories

Sukan SEA
  • Xtra

365 hari menuju Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14

podiumontour September 18, 2026
SUKIPT
  • Xtra

Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026

podiumontour August 29, 2026
SUKIPT 2026
  • Xtra

SUKIPT 2026 pentas lahir pelapis sukan negara

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.