Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Hafidzul tak puas selagi belum cecah 5m

podiumontour May 20, 2026 2 minutes read
Hafidzul Ain

HAFIDZUL merasakan perjalanan kariernya yang sebenar akan bermula sebaik berjaya melepasi had ketinggian 5m. - TRACK PHOTO

ADA sebab atlet muda lompat bergalah negara, Muhammad Hafidzul Ain tidak mahu terlalu meraikan kejayaannya mencipta rekod peribadi (PB) baharu pada Kejohanan Lompatan Asia di Chongqing, China pada 18 Mei lalu.

Hafidzul, 22, berjaya melepasi had ketinggian 4.80m, memadam PB lamanya, 4.71m yang dilakukan pada Kejohanan Lompat Bergalah Dalam Dewan Antarabangsa Taiwan 2026 di Sun Moon Lake pada Mac lalu.

Bagi Hafidzul, dia tetap gembira dengan perkembangan prestasinya yang konsisten tahun ini, namun masih belum berpuas hati selagi tidak mencecah catatan 5m.

“Alhamdulillah konsisten lagi. PB baru saya yang sekarang pun masih dianggap tahap junior, jadi (saya) nak konsisten dalam lingkungan ini masih senang lagi.

“Sepatutnya saya dah boleh lepasi 5 meter ke atas seperti dalam latihan. Apa pun saya gembira, cuma masih tak puas sebab sasaran saya adalah 5 meter dan layak ke Asia B23 (bawah 23 tahun) serta AUG (Sukan Universiti ASEAN).

Hafidzul Ain
HAFIDZUL berjaya mencipta PB baharu pada saingan Lompatan Asia di Chongqing dengan catatan 4.80m. – TRACK PHOTO

“AUG memang automatik (Malaysia tuan rumah) tetapi saya nak had ketinggian yang bagus, sekurang-kurangnya perlu buat 5 meter,” katanya kepada Podium On Tour.

Di Chongqing, pingat emas dimenangi bekas pemenang pingat perak Sukan Asia 2028 yang juga Olimpian dua kali dari China, Yao Jie dengan catatan 5.60m.

Dua atlet Jepun, Masaki Ejima dan Koki Kuruma meraih pingat perak serta gangsa selepas masing-masing melepasi had ketinggian 5.60m dan 5.40m.

Setakat tahun ini, Hafidzul menunjukkan permulaan cemerlang dengan 4.71m di Taiwan sebelum atlet dari Melaka itu mencatat 4.60m pada Siri 1 Cabaran Lompat Bergalah Kebangsaan 2026 di Stadium UPM (18 April).

Rekod kebangsaan masih lagi dipegang oleh Iskandar Alwi dengan catatan 5.31m dilakukan di Kejohanan All Comers FTAA di Kuala Lumpur lapan tahun lalu pada 18 Mac 2018. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – TRACK PHOTO

Post navigation

Previous: Peluang muka baharu rebut slot 20 terbaik Speedy Tigers
Next: Kedah mampu jadi pencabar di masa depan

Related Stories

Jing Xuan
  • Olahraga

Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT

podiumontour August 31, 2026
Cecilia Maksimon
  • Olahraga

Cecilia tak jangka raih gangsa Masters Dunia 2026

podiumontour August 26, 2026
Masters Dunia
  • Olahraga

Trio 10km jalan kaki banggakan Malaysia di Masters Dunia 2026

podiumontour August 26, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.