Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Kemenangan dramatik UiTM pada dua minit terakhir

podiumontour May 6, 2026 2 minutes read
UiTM Armed Forces

UITM (jersi kuning) berjaya meraih kemenangan menerusi jaringan Danial Asyraf pada dua minit terakhir perlawanan.

TIGA mata yang cukup berharga buat UiTM HA-KPT dalam pemburuan kelompok empat teratas Liga Hoki Malaysia (MHL) 2026.

Lebih manis, kejayaan UTM itu diraih pada dua minit terakhir ketika menewaskan Armed Forces HT 2-1 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil petang tadi (6 Mei).

Ketua jurulatih UiTM, Mohd Nor Aqmal Abdul Gaffar memuji ketangkasan penjaga golnya, Adrian Andy Albert yang banyak menutup peluang Armed Forces terutama dari segi pukulan sudut penalti (PC).

“Semua pemain main dengan bagus, senior juga banyak bantu pemain muda yang lain. Adrian pun bagus, banyak save, tutup ruang, kalau tidak kita akan bolos dan nasib baik kami dapat tiga mata,” katanya.

Dalam aksi itu, Kalvinder Singh Harcharanjit Singh terlebih dahulu membuka tirai jaringan buat UiTM pada minit ke-25 melalui penyudah PC.

Tidak lama kemudian, Armed Forces bangkit mengikat kedudukan hasil jaringan padang Granson Noel Goden seminit selepas bersambung suku masa ketiga pada minit ke-31.

Hajat Armed Forces untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata tidak kesampaian apabila Danial Asyraf Abdul Ghani meledak gol kemenangan UiTM melalui jaringan padang pada minit ke-58.

UiTM ketika ini di kedudukan keempat dengan tujuh mata hasil dua kemenangan, dua seri dan dua kekalahan daripada lima perlawanan setakat ini. – PODIUM ON TOUR

MASA PENUH

ARMED FORCES 1 – 2 UITM HA-KPT

’25 (PC) Kalvinder Singh (UITM)
’31 (FG) Granson Noel Goden (Armed Forces)
’58 (FG) Danial Asyraf Abdul Ghani (UITM)

Post navigation

Previous: MHC menang Anugerah Persatuan Sukan Dinamik SAM 2025
Next: Young Elephants gagal sekat Territory Stingers

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.