Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

MHC menang Anugerah Persatuan Sukan Dinamik SAM 2025

podiumontour May 6, 2026 2 minutes read
MHC

SUBAHAN (tengah) semasa sidang akhbar mengumumkan pelantikan Brendon Carolan sebagai ketua jurulatih baharu skuad senior lelaki kebangsaan. - MHC

KONFEDERASI Hoki Malaysia (MHC) mendapat pengiktirafan apabila memenangi Anugerah Persatuan Sukan Dinamik 2025 oleh Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM).

MHC terus mengukuhkan kedudukannya antara badan sukan paling dinamik tanah air hasil pencapaian konsisten di pentas antarabangsa serta pembangunan ekosistem hoki tempatan yang menyeluruh.

Naib Presiden SAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Anugerah SAM-100PLUS 2025, Mohd Hazreen Nor Mubarak berkata, faktor kredibiliti kepimpinan, kejayaan diraih dan kegigihan dalam meningkatkan mutu sukan hoki membolehkan MHC dipilih penerima Anugerah Persatuan Sukan Dinamik.

“Tahun ini kita merasakan sememangnya MHC layak menerima Anugerah Persatuan Sukan Dinamik berdasarkan pencapaian serta pengurusan persatuan dan atlet yang baik,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain berada dalam kelompok 20 terbaik dunia menerusi prestasi skuad senior lelaki, MHC turut menyediakan laluan pembangunan lengkap merangkumi peringkat akar umbi hingga skuad kebangsaan.

Kejayaan tersebut didorong oleh pengurusan strategik di bawah kepimpinan presidennya, Datuk Sri Subahan Kamal yang memainkan peranan penting memastikan hoki negara kekal kompetitif di peringkat global.

Komitmen tingginya, termasuk penggunaan dana peribadi mencecah jutaan ringgit, dalam usaha memperkukuh program pembangunan hoki tempatan serta prestasi skuad kebangsaan.

Sepanjang 2025, Speedy Tigers mencatat pencapaian posifif apabila meraih tempat ketiga Piala Asia selain terus menguasai Asia Tenggara dengan memenangi pingat emas Sukan SEA Thailand 2025.

Kecemerlangan turut dipamerkan hoki lima sebelah (5s) yang meraih pingat emas di temasya sama, manakala skuad lelaki bawah 18 tahun (B18) membawa pulang pingat gangsa Piala Asia B18 di China.

Seiring dengan pencapaian itu, KHM selayaknya dinobatkan penerima Anugerah Persatuan Sukan Dinamik SAM-100PLUS 2025. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Golf PEKEMA tawar hadiah lumayan RM500,00
Next: Kemenangan dramatik UiTM pada dua minit terakhir

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.