Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Young Elephants gagal sekat Territory Stingers

podiumontour May 6, 2026 2 minutes read
Young Elephants

YOUNG Elephants (kanan) terpaksa akur dengan kekalahan 2-4 kepada Territory Stingers di Stadium Hoki Nasional sebentar tadi.

HASRAT Young Elephants Pahang untuk merekodkan kemenangan pertama di pentas Liga Hoki Malaysia (MHL) 2026 masih lagi tertangguh selepas tewas 2-4 kepada kelab dari Australia, Territory Stingers.

Sebaliknya, Territory Stingers yang terlebih dahulu mencatat kemenangan selepas tewas dua aksi mereka sebelum ini.

Namun, pujian perlu diberikan kepada barisan muda Young Elephants kerana masih mampu bangkit meledak dua gol dalam aksi di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil itu.

“Kita datang ke sini untuk cari pengalaman dan ia sangat berharga. Keputusan perkara kedua tapi cara kami dapatkan keputusan, itu lebih penting,” kata ketua jurulatihnya, Sufian Mohamad kepada Podium on Tour.

Bagi pengendali Territory Stingers, Jason Butcher, masih ada kelemahan perlu dibaiki walaupun gembira dengan kemajuan yang ditunjukkan dalam kemenangan itu.

“Kami perlu bermain lebih tenang dan ikut perancangan. Pertahanan masih melakukan kesilapan yang menghukum kami tetapi saya gembira kami menang biarpun masih belum berada di tahap kami mahukan,” katanya.

Territory Stingers meraih dua gol menerusi Jeremy Mayne dan Noah Fany sebelum Tengku Nasrul Ikmal Tengku Abd Rahim merapatkan jurang buat Young Elephants di penghujung suku masa kedua.

Kelab dari Darwin, Australia itu berjaya meledak gol ketiga menerusi jaringan padang Nicholas Lidstone (m-31) sebelum Ariq Adil Hakimi Rizal kembali menghidupkan peluang Young Elephants pada minit ke-44.

Bagaimanapun, gol pukulan sudut penalti daripada George Baker ‘menamatkan’ perjuangan Young Elephants yang terpaksa akur dengan kekalahan 2-4 kepada Territory Stingers. – PODIUM ON TOUR

Territory Stingers 4-2 Young Elephants

TS ’12 (PC) Jeremy Mayne
TS ’21 (FG) Noah Fahy
YEP ’30 (PC) Tengku Nasrul Ikmal
TS ’31 (FG) Nicholas Lidstone
YEP ’44 (FG) Ariq Adil Hakimi Rizal
TS ’49 (PC) George Baker

Post navigation

Previous: Kemenangan dramatik UiTM pada dua minit terakhir
Next: Ujian terbaik Shereen buru podium Sukan Asia

Related Stories

Shafiq Ammar
  • Hoki

Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun

podiumontour July 12, 2026
Speedy Tigers
  • Hoki

Kecederaan tiga tonggak tak resahkan Speedy Tigers

podiumontour July 11, 2026
Young Tigers
  • Hoki

Young Tigers jumpa ramuan benam Jepun B21

podiumontour July 11, 2026

Recent Posts

  • Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
  • TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
  • Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
  • Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
  • Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.