Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Auburn rekod masa ke-14 terpantas 4x100m dunia

podiumontour June 11, 2026 2 minutes read
Azeem Auburn

AZEEM (kanan) menyerahkan baton kepada Ajayi dalam aksi separuh akhir 4x100m Grand Final NCAA di Eugene pagi tadi (11 Jun). - AUBURN TRACK & FIELD

BIARPUN terlepas final 100 meter (m), namun pelari terpantas negara, Muhammad Azeem Fahmi layak berbangga kerana membantu kuartet 4x100m Universiti Auburn mencipta sejarah baharu.

Catatan 37.75 saat (s) Auburn di separuh akhir Grand Final NCAA di Eugene, Amerika Syarikat (AS) pagi tadi (11 Jun) bukan sahaja menjadi rekod baharu NCAA tetapi juga masa ke-14 terpantas sepanjang zaman dalam sejarah 4x100m dunia.

Azeem selaku pelari pertama, memainkan peranan cukup penting dalam kuartet Auburn yang turut diperkuatkan dengan Kanyinsola Ajayi, Austin Kresley dan Tyler Davis memastikan catatan bersejarah tersebut.

Ia turut menjadi catatan kelima terpantas untuk saingan 4x100m dunia setakat tahun 2026.

Motivasi barisan pelari Auburn pastinya pada tahap tertinggi dalam usaha mereka memburu pingat emas hatrik pada final pagi esok selepas menjuarai dua edisi Grand Final NCAA sebelum ini. – PODIUM ON TOUR

Top 15 terpantas 4x100m sepanjang zaman 4x100m

36.84s – Jamaica (11 Ogos 2012)
*Rekod dunia dicipta oleh Nesta Carter, Michael Frater, Yohan Blake dan Usain Bolt

37.10s – AS (5 Oktober 2019)

37.36s – Great Britain (5 Oktober 2019)

37.40s – Jepun (5 Oktober 2019)

37.48 – Kanada (23 Julai 2022)

37.49s – Afrika Selatan (3 Mei 2026)

37.50s – Itali (6 Ogos 2021)

37.58s – AS (19 Julai 2013)

37.62s – Tridinad and Tobago (22 Ogos 2009)

37.65s – AS (1 September 2000)

37.67s – Gainesville Elite (30 Mac 2024)

37.67s – Jerman (2 Mei 2026)

37.72s – Brazil (5 Oktober 2019)

37.75s – Universiti Auburn (11 Jun 2026)

37.75s -Jamaica (27 Julai 2013)

Top 5 masa terpantas 4x100m tahun 2026

37.43s – AS
37.49s – Afrika Selatan
37.56s -Kanada
37.67s- Jerman
37.75s – Universiti Auburn

KREDIT FOTO – AUBURN TRACK & FIELD

Post navigation

Previous: Speedy Tigers mahu kekal rekod bersih lawan Scotland
Next: Kemenangan meyakinkan Malaysia, Azrai ledak hatrik

Related Stories

Izzatul
  • Olahraga

Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’

podiumontour October 28, 2026
Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026

Recent Posts

  • Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers
  • Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut
  • Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar
  • Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’
  • Keletihan jejas penyudah, Young Tigers tetap menang
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.