Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Kemuncaknya Olimpik, tak mahu tunggu 4 tahun lagi

podiumontour May 22, 2026 2 minutes read
Brendon Carolan Hoki Olimpik

BRENDON mengendalikan sesi latihan pertama bersama skuad penuh 34 pemain Speedy Tigers di Stadium Hoki Nasional malam tadi (21 Mei).

KEJAYAAN untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik tidak hadir dengan mudah yang menuntut pengorbanan besar bukan sahaja daripada pemain, tetapi juga barisan kejurulatihan.

Terpaksa berjauhan dengan keluarga adalah lumrah yang perlu dilalui mana-mana pemain tetapi kali ini lebih berbeza kerana ia mengambil masa panjang selama 41 hari semata-mata untuk menggapai matlamat beraksi di pentas Olimpik.

Ketua jurulatih pasukan hoki lelaki kebangsaan, Brendon Carolan mendedahkan, pengorbanan sekali dalam tempoh 4 tahun ini perlu dihadapi oleh pemain biarpun menempuhi jadual padat dengan tiga kejohanan berturut-turut.

“Kita tak mahu menoleh ke belakang nanti dan rasa seperti kita dah bazirkan lagi 4 tahun hanya untuk cuba membina program pasukan’ sebab kelayakan ke Olimpik adalah kemuncak utama.

“Jadi apabila para pemain turun beraksi di Jepun nanti, mereka mahu rasa benar-benar yakin bahawa sudah membuat segala persiapan yang diperlukan. Saya rasa persiapan seperti ini memang penting.

“Kami ada kumpulan pemain yang bagus dan saya fikir jika membuat persediaan dengan baik, mereka sanggup melakukan pengorbanan itu demi memberi diri mereka peluang untuk layak ke Olimpik,” katanya.

Pengendali dari Afrika Selatan itu juga gembira dengan Latihan pertama skuad penuh Speedy Tigers seramai 34 pemain di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Beliau berpendapat sesi tersebut berjalan produktif selepas sesi tiga hari yang panjang dengan pelbagai ujian kecergasan dilalui pemain sebaik tamat sahaja saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2026 baru-baru ini.

“Ia sesuatu yang positif apabila kami mempunyai skuad besar dan mampu adakan permainan kompetitif untuk mempersiapkan diri. Sudah tentu ia juga baik untuk pemain muda menyesuaikan diri dengan rentak pemain senior,” jelasnya.

Speedy Tigers dijadualkan berlepas ke Afrika Selatan pada 5 Jun ini menghadapi Piala Negara-Negara FIH di Cape Town dari 10 hingga 17 Jun.

Kemudian mereka akan menjalani lima siri persahabatan menentang Afrika Selatan dan sesi pemantapan pasukan untuk mengeratkan lagi persefahaman antara pemain sebelum pulang ke Kuala Lumpur pada 14 Julai.

Selepas itu, skuad kebangsaan akan berangkat awal ke Belgium pada 1 Ogos dengan kem latihan dan siri-siri persahabatan telah diatur sebelum membuka kempen Piala Dunia 2026 dari 14–30 Ogos.

Sebagai rekod, Malaysia diundi dalam Kumpulan B menentang tuan rumah Belgium, Belanda dan Perancis. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: ‘KEJOR:120 Minit Gila di Shah Alam’ dokumentasi sejarah 18 tahun
Next: Peluang Negeri Sembilan cipta sejarah baharu

Related Stories

Dheeresn
  • Hoki

Piala Asia B18 platform Dheeressh capai impian

podiumontour May 26, 2026
Zariefah Dania
  • Hoki

Zariefah Dania mahu jadi kapten Malaysian Tigress

podiumontour May 26, 2026
Piala Asia B18
  • Hoki

Podium jadi sasaran dua skuad negara di Piala Asia B18

podiumontour May 25, 2026

Recent Posts

  • Piala Asia B18 platform Dheeressh capai impian
  • Zariefah Dania mahu jadi kapten Malaysian Tigress
  • Peluang Izzatul Musfirah tebus final edisi 2024
  • Podium jadi sasaran dua skuad negara di Piala Asia B18
  • Pengalaman bernilai sebelum Kejohanan Asia B20
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.