Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Peluang Negeri Sembilan cipta sejarah baharu

podiumontour May 22, 2026 2 minutes read
Negeri Sembilan B16

NEGERI Sembilan mencatat kemenangan 3-0 ke atas Pulau Pinang hasil jaringan Zariefah Dhiya Suci Khadija Azman dan Azra Syafiya Mohd Azizi.

PERLAWANAN akhir Kejohanan Hoki Bawah 16 Tahun (B16) Kebangsaan bagi kategori wanita mempunyai makna tersendiri buat dua pilihan utama, Selangor dan Negeri Sembilan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada pukul 7.30 pagi esok (23 Mei).

Apa tidaknya, Negeri Sembilan memburu sejarah baharu sebagai juara kali pertama selepas gagal melakukannya dalam lima edisi terdahulu pada 2016, 2017, 2018, 2019 dan 2022.

Pencapaian terbaik Negeri Sembilan adalah bergelar naib juara setelah tewas kepada Pulai Pinang dalam aksi final edisi 2022.

Kini, Negeri Sembilan menebus kekecewaan empat tahun itu dengan menumbangkan Pulau Pinang 3-0 dalam aksi separuh akhir hari ini untuk mengesahkan tempat di final.

“Pihak lawan esok tidak mudah. Namun kita pernah bermain aksi persahabatan dengan mereka sebelum ini, jadi kita akan kaji dan bersedia untuk esok,” kata ketua jurulatih Negeri Sembilan, Muhammad Nazri Yahya.

Sandaran terbaik Negeri Sembilan pastinya Nur Zariefah Dania Mazlan yang meraih Anugerah Pemain Harapan Terbaik Liga Hoki Malaysia (MHL) dua musim berturut-turut termasuk menang treble bersama Negeri Sembilan tahun ini.

Zariefah turut meledak satu gol menewaskan Pulau Pinang hari ini sekali gus mengumpul 21 gol keseluruhan untuk mendahului carta penjaring terbanyak kejohanan.

Namun, Selangor juga mempunyai kekuatan tersendiri apabila mara ke final dengan kemenangan 3-2 ke atas Perak menerusi penentuan penalti shoot-out setelah terikat tanpa jaringan di separuh akhir hari ini.

Pastinya Selangor enggan melepaskan peluang keemasan kembali menjuarai B16 Kebangsaan selepas kali terakhir melakukannya pada edisi 2016.

Aksi penentuan tempat ketiga dan keempat antara Perak dan Pulau Pinang juga akan berlangsung di Stadium Hoki Nasional pada pukul 7.30 pagi esok (23 Mei). – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Kemuncaknya Olimpik, tak mahu tunggu 4 tahun lagi
Next: Pahang, Selangor berentap di final rebut trofi B16 Kebangsaan

Related Stories

Shafiq Ammar
  • Hoki

Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun

podiumontour July 12, 2026
Speedy Tigers
  • Hoki

Kecederaan tiga tonggak tak resahkan Speedy Tigers

podiumontour July 11, 2026
Young Tigers
  • Hoki

Young Tigers jumpa ramuan benam Jepun B21

podiumontour July 11, 2026

Recent Posts

  • Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
  • TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
  • Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
  • Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
  • Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.