Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Kenapa pilih Perth Thundersticks, Australia?

podiumontour January 13, 2026 2 minutes read
perth thundersticks

PERTH THUNDERSTICKS dianggap lawan berkualiti buat Speedy Tigers dalam siri Jelajah Perth di Australia hingga 25 Januari nanti. - PERTH THUNDERSTICKS

BIARPUN berstatus kelab, tetapi Perth Thundersticks boleh dianggap sebagai lawan berkualiti buat Speedy Tigers menjelang tiga aksi persahabatan dalam siri Jelajah Perth, Australia bermula hari ini hingga 25 Januari 2026.

Ini disebabkan Speedy Tigers berkemungkinan bakal berhadapan tiga pemain utama Perth Thundersticks itu yang merupakan anggota skuad kebangsaan Australia di ranking kelima dunia.

Berdasarkan laman Hockey Western Australia, Kookaburras memanggil pertahanan muda Perth Thundersticks berusia 20 tahun, Ian Grobbelaar, untuk membuat debut antarabangsa dalam pemilihan skuad bagi calendar 2026.

Dua lagi tonggak Perth Thundersticks adalah pertahanan dengan 43 kaps antarabangsa, James Collins, 25 tahun, dan pemain tengah, Cambell Geddes, 23 tahun, yang sudah meledak dua gol dalam tujuh penampilan bersama Australia.

perth thundersticks
GEDDES (dari kiri), Grobbelaar, Freedman dan Collins antara empat pemain Perth Thundersticks yang berada dalam setup Australia.

Seorang lagi pemain muda Perth Thundersticks iaitu Max Freedman turut dipanggil menyertai  skuad pembangunan Australia bagi tahun 2026.

Perth Thundersticks juga bukan calang-calang kerana pernah menjuarai Liga Hoki Australia sembilan kali, kedua terbanyak selepas Queensland.

Selain tiga kali menentang Speedy Tigers (16, 17 dan 22 Januari), Perth Thundersticks juga akan bertemu China dalam satu lagi aksi persahabatan di Stadium Hoki Perth pada 23 Januari.

Speedy Tigers akan melengkapkan lima aksi persahabatan siri Jelalah Perth dengan dua pertemuan menentang Australia pada 20 dan 24 Januari.

 

speedy tigers perth thundersticks
SPEEDY TIGERS membariskan gabungan pemain senior dan remaja pada siri Jelajah Perth yang dianggap sebagai medan ujian sebelum Kelayakan Piala Dunia. – MHC

Biarpun Kookaburras kini terkeluar daripada kelompok empat teratas dunia tetapi kemampuan mereka tidak boleh dipertikaikan lagi kerana sentiasa dianggap antara kuasa besar hoki dunia.

Ia terbukti menerusi pencapaian mereka dalam tempoh lima tahun terakhir iaitu naib juara Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan semi finalis Piala Dunia 2023 serta Sukan Olimpik Paris 2024.

Bekas juara dunia tiga kali (1986, 2010, 2014) dan juara Olimpik Athens 2024 itu juga sudah pun mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2026 yang akan diadakan di Wavre, Belgium dan Amsterdam, Belanda dari 14 hingga 30 Ogos nanti.

Justeru, lima perlawanan berintensiti tinggi itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh 22 nama terpilih untuk merebut tempat dalam senarai akhir 20 pemain Speedy Tigers ke Kelayakan Piala Dunia di Ismailia, Mesir pada Mac nanti. – PODIUM ON TOUR

Berikut senarai 22 pemain terpilih ke Jelajah Perth:

PENJAGA GOL

Muhammad Hafizuddin Othman
Adrian Andy Albert

PERTAHANAN

Muhammad Marhan Mohd Jalil
Syed Mohammad Syafiq Syed Cholan
Faiz Helmi Jali
Andywalfian Jeffrynus
Muhammad Nur Asyraf Ishak
Muhammad Ariff Syafie Ishak
Syarman Mat Tee

TENGAH

Muhammad Shafiq Hassan
Mohd Fitri Saari
Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi
Shello Silverius
Alfarico Lance Liau Jr
Muhammad Adam Ashraf Mohd Johari

PENYERANG

Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal
Norsyafiq Sumantri
Muhajir Abdu Rauf
Mohamad Ashran Hamsani
Mohamad Akhimullah Anuar Esook
Faizal Saari
Muhammad Danish Aiman Khairil Anuar

SUMBER FOTO – PERTH THUNDERSTICKS & MHC

Post navigation

Previous: Jelajah Perth ujian ke Kelayakan Piala Dunia
Next: Azeem, Puripol ada kelebihan masing-masing

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.