Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Azeem, Puripol ada kelebihan masing-masing

podiumontour January 18, 2026 3 minutes read
Azeem Fahmi

AZEEM berjaya menjuarai UAB Blazer Invitational dan muncul naib juara Terbuka Samford di Birmingham, Alabama. - AUBURN TRACK & FIELD

RAJA pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi memulakan kalendar musim 2026 dengan langkah positif menghadapi tahun yang dianggap cukup getir dalam kariernya.

Begitupun, permulaan positif itu masih belum mampu ‘menambat’ hati sebahagian peminat terutamanya sukan olahraga tanah air yang sehingga kini masih merasakan Azeem jauh ketinggalan di belakang seterunya dari Thailand, Puripol Boonson.

Rata-rata mereka berpendapat perkembangan ditunjukkan Azeem sejak berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) tidak begitu ‘menakjubkan’ berbanding Puripol yang sudah berjaya mengukir legasinya tersendiri.

Sebelum ini Lalu Muhammad Zohri terlebih dahulu ‘meletup’ selepas bintang pecut Indonesia itu mencipta sensasi menjuarai Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2018 sebelum dia mencipta masa mengagumkan 10.03 saat (s) pada 2019.

Ramai beranggapan Lalu, 25, akan menjadi pelari Asia Tenggara pertama dengan catatan 100 meter (m) bawah 10s, namun meleset apabila dia masih tercari-cari rentak terbaik sejak ‘berperang’ dengan pelbagai siri kecederaan.

Industri pecut 100m Asia Tenggara kembali rancak dengan ‘kelahiran’ Azeem, 22, dan Puripol, 20, pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2022 yang menjadi pentas pertarungan pertama antara mereka.

Azeem
PURIPOL, Azeem dan Lalu menjadi tiga pelari terbaik Asia Tenggara setakat ini. – IG SEASPRINTERS

Biarpun Puripol meraih tempat keempat dan Azeem kelima pada final 100m, namun kejohanan berprestij dunia bawah 20 tahun di Cali, Colombia itu menjadi saksi kedua-duanya melakar masa 10.09s.

Azeem ‘disambar’ Universiti Auburn di Alabama, AS pada 2023, sementara Puripol ketika itu baru berusia 17 tahun dan masih lagi bersekolah di Assumption Samut Prakan School, Thailand.

Puripol boleh dianggap jelmaan ‘Usain Bolt’ Asia Tenggara kerana bakatnya yang luar biasa apabila sudah empat kali mengatasi masa 10.09s iaitu 10.06s (2023), 10.08s (2024), 10s (2025) dan 9.94s (2025).

Atlet dengan gelaran Bew itu juga muncul pemenang dalam ‘perlumbaannya’ dengan Azeem untuk menjadi pelari Asia Tenggara pertama mencetak masa 100m bawah 10s.

Azeem pula masih berjuang memperbaiki rekod peribadi 10.09s itu dengan catatan terbaiknya dalam tiga tahun terakhir adalah 10.11s (2023), 10.36s (2024) dan 10.20s (2025).

Selain itu, Puripol juga sering menewaskan Azeem sama ada setiap kali mereka berentap ataupun pencapaian individu di pentas berprestij seperti Sukan Asia dan Sukan Universiti Dunia.

Azeem Fahmi
AZEEM (kiri) berjaya meraih gelaran juara 4x100m NCAA bersama Universiti Auburn selama dua tahun berturut-turut. – AUBURN TRACK & FIELD

Namun, ramai sebenarnya lupa kebanyakan pencapaian Azeem sebenarnya sejarah baharu kepada arena olahraga tanah air seperti menjadi pelari pertama Malaysia mara ke final 100m Sukan Universiti Dunia.

Atlet dari Teluk Intan, Perak yang pernah mendapat SPM 6A itu juga memenangi pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou 2022, menamatkan penantian 41 tahun Malaysia sejak Rabuan Pit menjuarai Sukan Asia 1982.

Kini, 2026 menjadi musim getir kerana ini tahun terakhir Azeem di Universiti Auburn serta Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland (23 Julai-2 Ogos) dan Sukan Asia di Aichi-Nagoya, Jepun pada 19 September hingga 4 Oktober.

Dua perlumbaannya tahun ini berakhir di podium dengan catatan konsisten 6.60s, menghampiri rekod kebangsaan 60m dalam dewan 6.56s yang diciptanya tahun lepas, membuktikan dia pada landasan tepat.

Tidak mustahil Azeem mampu perbaiki rekod 100m Malaysia tahun ini dan sesuatu yang cukup manis sekiranya dia menewaskan Puripol di hadapan ribuan penyokong sendiri pada Sukan SEA Malaysia 2027. – PODIUM ON TOUR

KREDIT – KOSMO!

*Ini adalah artikel penulis yang disiarkan di Kosmo!

 

Post navigation

Previous: Kenapa pilih Perth Thundersticks, Australia?
Next: Pahang ‘kilang’ baharu hoki Malaysia

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.