Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Ketangkasan Zaimi layak diberi pujian

podiumontour August 15, 2026 2 minutes read
Zaimi

ZAIMI (tengah) berjaya menyelamatkan gawang Speedy Tigers dalam banyak situasi meskipun akhirnya tewas 1-5 kepada Jerman dalam aksi pertama Piala Dunia 2026 hari ini. - FIH / MHC

BOLOS lima gol tidak menggambarkan keseluruhan prestasi penjaga gol skuad hoki negara, Muhammad Zaimi Mat Deris yang tetap memberikan aksi cemerlang biarpun tewas 1-5 kepada Jerman dalam aksi pertama Piala Dunia 2026 hari ini.

Ketua jurulatih Speedy Tigers, Brendon Carolan juga tidak menyalahkan Zaimi, sebaliknya menghamburkan pujian terhadap persembahan yang ditampilkannya dalam aksi Kumpulan B di Arena Hoki Belfius, Wavre, Belgium itu.

Jerman, selaku juara bertahan, sememangnya berada dalam kelas berbeza, namun ketangkasan Zaimi berjaya menyelamatkan gawang Speedy Tigers dalam banyak situasi.

“Zaimi telah menggunakan peluang ini dengan sebaik mungkin. Dia telah berlatih dengan sangat gigih dan prestasinya hari ini adalah sesuatu yang membanggakan.

“Ini adalah petanda positif untuk masa depan hoki Malaysia mempunyai penjaga gol muda yang mampu beraksi di tahap tertinggi,” kata Carolan.

Menariknya, ini adalah penampilan pertama Zaimi di pentas Piala Dunia selepas tidak disenaraikan dalam dua edisi terdahulu pada 2018 dan 2023.

Bagi Zaimi, dia mengakui agak gementar pada permulaan separuh masa pertama sebelum dapat menangani perasaan itu dengan persembahan yang lebih kemas di suku ketiga dan keempat.

“Ini adalah Piala Dunia yang pertama buat saya dan saya berikan 100 peratus buat pasukan. Saya mempercayai kemampuan sendiri untuk cuba mempertahankan gawang pasukan,” jelasnya.

Situasi Jerman menjaringkan tiga gol awal dalam suku pertama menerusi Jakob Brilla pada minit keempat, Christopher Ruhr (m-5) dan Justus Weigand (m-8) menjadi antara faktor kekalahan skuad negara.

Speedy Tigers berjaya meraih satu gol daripada Azrai Aizad Abu Kamal (m40), namun Jerman menambah dua lagi jaringan menerusi Justus Warweg dan Paul-Philipp Kaufmann pada minit ke-45 serta 53.

Malaysia akan meneruskan perlawanan kedua menentang Perancis pada 17 Ogos ini sebelum melengkapkan saingan Kumpulan B bertemu Belgium tiga hari kemudian. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – FIH / MHC

Post navigation

Previous: 3 gol awal Jerman jejas rentak Speedy Tigers
Next: Hazriq Mat Kilau padam rekod 18 tahun SUKMA

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.