Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Hazriq Mat Kilau padam rekod 18 tahun SUKMA

podiumontour August 16, 2026 1 minute read
Hazriq Mat Kilau

HAZIQ berjaya mencatat mas 13.78s pada separuh akhir 110m lari berpagar SUKMA 2026 di Stadium UPM sebentar tadi. - OLAHRAGA MALAYSIA

MUHAMMAD Hazriq Cik Mat Kilau berada dalam kelas tersendiri apabila mencipta rekod baharu 110m lari berpagar Sukan Malaysia (SUKMA) dengan catatan 13.78s pada separuh akhir di Stadium UPM sebentar tadi.

Catatan itu memadam rekod lama berusia 18 tahun, 14.10s yang dicipta oleh legenda olahraga tanah air, Rayzam Shah Wan Sofian semasa edisi SUKMA 2008 di Terengganu.

Ia secara tidak langsung menjadi rekod peribadi (PB) baharu buat Hazriq yang sebelum ini mencatat 13.96s ketika meraih pingat emas Kejohanan Olahraga Terbuka Jawa Tengah 2026 di Semarang, Indonesia bulan lalu.

Ia juga menjadikan Hazriq sebagai atlet 110mh pertama tempatan berjaya menewaskan Armin Zahryl Abd Latif dalam tahun ini.

Armin yang juga pemegang rekod 110mh kebangsaan dengan masa 13.58s, menamatkan aksi separuh akhir itu di tempat kedua, di belakang Hazriq.

Kedua-dua mereka akan berentap di pentas final SUKMA 2026 petang ini. – PODIUM ON  TOUR

KREDIT FOTO – OLAHRAGA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Ketangkasan Zaimi layak diberi pujian
Next: Speedy Tigers sasar kebangkitan menentang Perancis

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.