Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Malaysian Tigress mahu jadi pengacau gergasi di Chile

podiumontour February 13, 2026 2 minutes read
Tigress

PEMAIN negara, Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad ketika beraksi menentang Jepun pada saingan ACT 2024 di India sebelum ini. - MHC

MALAYSIAN Tigress berhajat menjadi pasukan pengacau kepada gergasi-gergasi pada Kelayakan Piala Dunia 2026 di Santiago, Chile bermula 2 hingga 8 Mac ini.

Biarpun tidak meletakkan sasaran tinggi tetapi skuad hoki wanita negara tetap mempunyai matlamat tersendiri berdepan lawan-lawan handalan seperti naib juara dunia edisi 2018, Ireland, Jepun dan Kanada dalam aksi Kumpulan B.

Ketua jurulatih Malaysian Tigress, Nasihin Nubli Ibrahim menganggap Kelayakan Piala Dunia ini sebagai platform terbaik buat anak-anak buahnya dalam persiapan ke Sukan Asia Aichi-Nagoya di Jepun pada September nanti.

“Kita tahu Kelayakan Piala Dunia ini gergasi-gergasi dunia dan Asia berada di sana. Jadi kami perlu ambil kesempatan, gunakan platform ini sebagai tempat menimba pengalaman untuk kami meningkat lebih jauh lagi.

“Di samping itu, kita juga akan menjadi pasukan pengacau. Tengoklah rezeki kita macam mana, namun para pemain perlu gunakan peluang ini sehabis baik,” katanya kepada Podium on Tour.

Biarpun dibarisi majoriti pemain-pemain muda tetapi Malaysian Tigress pernah mencipta kejutan menewaskan Korea Selatan 2-1 untuk meraih tempat keempat pada saingan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2024 di Rajgir, India.

“Kita selalu juga buat kejutan ke atas pasukan-pasukan besar. Kita pernah buat di ACT India di mana kita kalahkan Korea dan dapat tempat keempat.

“Jadi besar kemungkinan kita akan buat benda yang sama. Semua pemain terutama senior yang ada dalam pasukan, sudah tentu akan beri sehabis baik untuk pergi ke satu tahap lebih tinggi,” tambah Nasihin.

Dalam aksi Kumpulan B, Ireland (No.13 dunia) serta Jepun (No.12 dunia) dianggap dua pilihan utama untuk mara ke separuh akhir berbanding Malaysia (No.21 dunia) dan Kanada (No.22 dunia).

Ini berdasarkan kemampuan pemain dan kekerapan kedua-dua pasukan itu beraksi di pentas tertinggi seperti Ireland muncul naib juara Piala Dunia 2018 sementara Jepun tidak pernah gagal bersaing di Piala Dunia dan Sukan Olimpik.

Aksi Kumpulan A pula menyaksikan tuan rumah Chile (No.15 dunia) akan berdepan pemenang tempat ketiga Piala Dunia 2022, Australia (No.6 dunia); Perancis (No.17 dunia) dan Switzerland (No.38 dunia). – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: KL bandar terawal anjur kejohanan hoki dalam dewan
Next: Olahragawati MASUM lonjak semangat Aleena

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.