Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Langkah kanan juara bertahan Piala Tun Abdul Razak

podiumontour September 2, 2026 2 minutes read
Piala Tun Abdul Razak

Keputusan perlawanan hari pertama Piala Tun Abdul Razak

JUARA bertahan dua tahun berturut-turut Kejohanan TNB Piala Tun Abdul Razak (TARC), Terengganu membuka langkah kanan pada aksi pembukaan edisi 2026 dengan kemenangan 2-1 ke atas Johor di Stadium Hoki Pandamaran (MBDK), Klang hari ini.

Meskipun mencatat kemenangan tipis, tetapi ia merupakan permulaan positif buat gergasi Pantai Timur itu dalam saingan Kumpulan A yang turut dibarisi Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Perak dan Selangor.

Ketua jurulatih Terengganu, Mohd Harfizi Baharom berpuas hati dengan semangat, disiplin dan usaha yang ditunjukkan barisan pemain sepanjang 60 minit.

“Kita tahu Johor adalah pasukan yang kuat dan nak menang perlawanan menentang mereka bukanlah mudah. Lagi-lagi apabila tiada banyak maklumat untuk kita guna pakai menentang mereka hari ini.

“Apa yang pemain tunjukkan hari ini adalah satu karakter yang baik terutamanya dalam keadaan tekanan tinggi apabila Johor datang menekan sehingga dapat satu gol.

“Ada beberapa perkara kita kena baiki tetapi kemenangan ini amat penting untuk permulaan kita dalam kumpulan yang sukar ini,” katanya.

Syarman Mat Tee muncul wira Terengganu apabila meledak dua gol padang pada minit ke-18 dan 56, manakala Mohamad Kamarulzaman Kamaruddin menghasilkan gol sagu hati buat Johor.

Sementara itu, Perak membuktikan status sebagai pencabar utama Kumpulan A dengan kemenangan besar 11-0 ke atas Selangor yang tiga Muhammad Amirul Haniff Mamat, Azril Misron dan Muhammad Izz Ilhan Azrul Ridzuan masing-masing berjaya meledak dua gol dalam aksi itu.

Baki lima lagi gol dijaringkan Muhammad Nursyahmi Zulkifli, Muhammad Danish Aiman Khairil Anuar, Muhammad Irfan Abd Nasir, Ahmad Ariff Daniel Mohd Shahrean dan Meor Muhamad Azuan Hasan.

Satu lagi aksi Kumpulan A menyaksikan Kuala Lumpur turut merakam kemenangan besar 8-3 ke atas Pulau Pinang, manakala Pahang melengkapkan saingan hari pertama TNB TARC 2026 dengan mengalahkan Kedah 9-0. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
Next: Perak terus berpesta gol aksi Piala Tun Abdul Razak

Related Stories

Young Tigers
  • Hoki

Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers

podiumontour October 30, 2026
Faizal Speedy Tigers
  • Hoki

Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut

podiumontour October 29, 2026
Adib TNB
  • Hoki

Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar

podiumontour October 29, 2026

Recent Posts

  • Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers
  • Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut
  • Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar
  • Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’
  • Keletihan jejas penyudah, Young Tigers tetap menang
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.