Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Malaysia A selangkah lagi ke final hoki 5s di Seoul

podiumontour September 9, 2026 2 minutes read
Malaysia Hoki 5s

MALAYSIA (jersi kuning) bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Korea Selatan 7-3 hari ini. - CDM ABDUL HALIM SAAD

KETUA jurulatih Malaysia A, Wan Mohd Roslan Wan Abdul Rahman berharap anak-anak buahnya dapat mengekalkan momentum semasa dengan memburu tiket final Kejohanan Antarabangsa Hoki 5 Sebelah (5s) Bawah 18 Tahun (B18) Seoul 2026.

Ia susulan kejayaan skuad hoki Sekolah Sukan Malaysia itu mengesahkan tempat ke separuh akhir sebagai juara Kumpulan A hasil kemenangan 7-3 ke atas Korea Selatan di Jamwon Hangang Park hari ini.

ARTIKEL INI DIKUASAKAN OLEH TAVIS – PLATFORM PEMBELAJARAN DIGITAL UNTUK SEMUA

TAVIS

“Alhamdulillah kita menjadi juara Kumpulan A dan akan bertemu naib juara Kumpulan B. Separuh akhir mungkin lagi mencabar sebab Seoul pun kalah tipis sahaja dengan Malaysia B,” katanya.

Malaysia A dibarisi gabungan enam pemain daripada Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), dua dari Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan dua Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS).

Malaysia Hoki 5s
MUHAMMAD Ashrafeel Iman Mohd Rizal membuka tirai jaringan buat Malaysia A menewaskan Korea Selatan 7-3 hari ini.

Sepanjang empat aksi peringkat kumpulan, Malaysia A mengekalkan 100 peratus rekod kemenangan selepas menang 12-1 ke atas BK Akademi, 16-1 Gyeonggi-Do, 18-1 Macau dan 7-3 Korea Selatan.

Turut mengikut jejak Langkah Malaysia A ke separuh akhir adalah Malaysia Girls yang muncul naib juara Kumpulan A hasil kemenangan 8-1 ke atas Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP).

Malaysia Hoki 5s
CHARIENE (kanan) bergambar bersama kayu hoki dimenanginya sebagai pemain terbaik perlawanan menentang SSMP hari ini.

Malaysia Girls diwakili enam pemain SSTMI dan 4 SSMS, memulakan kempen sebelum ini dengan kekalahan 3-6 kepada pilihan utama kejohanan, Jepun tetapi bangkit menang 7-1 ke atas Korea Selatan dan 8-1 SSMP.

“Saya sangat gembira sebab kami menang dan layak ke pusingan seterusnya. Saya juga sangat bersyukur kerana dinobatkan pemain terbaik perlawanan ini,” kata pemain Malaysia Girls, Chariene Elvygail Samuel. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – CDM TEAM MALAYSIA ABDUL HALIM SAAD

Post navigation

Previous: Suku akhir pentas sebenar buat Young Tigress
Next: Young Tigers layak Piala Dunia Remaja 2027

Related Stories

Young Tigers
  • Hoki

Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers

podiumontour October 30, 2026
Faizal Speedy Tigers
  • Hoki

Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut

podiumontour October 29, 2026
Adib TNB
  • Hoki

Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar

podiumontour October 29, 2026

Recent Posts

  • Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers
  • Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut
  • Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar
  • Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’
  • Keletihan jejas penyudah, Young Tigers tetap menang
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.