Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Suku akhir pentas sebenar buat Young Tigress

podiumontour September 9, 2026 2 minutes read
Young Tigress

BARISAN pemain negara akan turun menentang Korea Selatan di suku akhir Piala Remaja Asia 2026 esok. - ASIAN HOCKEY FEDERATION

SKUAD Young Tigress kini perlu bersiap sedia sepenuhnya dari segi fizikal dan mental menghadapi perlawanan yang cukup getir menentang Korea Selatan di suku akhir Piala Remaja Asia 2026 esok.

Usaha Young Tigress untuk meraih keputusan positif sepanjang lima aksi Kumpulan Elit termasuk kekalahan 0-5 kepada Jepun pada aksi terakhir peringkat kumpulan di Moqi, China hari ini.

Ketua jurulatihnya, Mohd. Nasihin Nubli Ibrahim berharap barisan pemainnya akan turun memberikan persembahan yang sehabis baik menentang Korea Selatan esok dalam misi merebut tiket ke separuh akhir.

“Pemain-pemain telah buktikan di separuh masa pertama dengan bermain baik tetapi mereka lakukan kesilapan melepaskan gol-gol yang mudah di babak kedua.

“Namun, kita perlu pandang ke depan untuk lawan Korea Selatan di suku akhir esok. Dengan keyakinan yang dapat dalam setiap perlawanan, mereka mula percaya bahawa mereka juga boleh bermain.

“Kita perlu kekalkan rentak ini untuk beri sehabis baik menentang Korea Selatan esok untuk rebut slot ke semi final nanti,” katanya.

Lima gol Jepun ke atas Young Tigress hari ini diperoleh menerusi pukulan sudut penalty (PC) Hana Asano pada minit ke-30, Rei Yoshida (34′ FG), Yuina Taya (34′ PC), Yui Dobashi (40′ PC) dan Yoshino Hirai (52′ PS).

Kekalahan itu meletakkan skuad muda negara kekal di kedudukan kelima dan akan bertemu pasukan tempat keempat Kumpulan Elit, Korea Selatan di suku akhir esok. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – ASIAN HOCKEY FEDERATION

Post navigation

Previous: Young Tigers tiada pilihan, wajib benam China
Next: Malaysia A selangkah lagi ke final hoki 5s di Seoul

Related Stories

Piala Tun Abdul Razak
  • Hoki

Perak kembali rampas status gergasi hoki tanah air

podiumontour September 13, 2026
Piala Tun Abdul Razak
  • Hoki

Selangor pecahkan badi final, juara TARC 2026

podiumontour September 13, 2026
Piala Remaja Asia
  • Hoki

Young Tigers terlepas podium tempat ketiga

podiumontour September 13, 2026

Recent Posts

  • Pesanan bekas raja pecut Asia Tenggara buat atlet duduki SPM
  • Perak kembali rampas status gergasi hoki tanah air
  • Selangor pecahkan badi final, juara TARC 2026
  • Young Tigers terlepas podium tempat ketiga
  • Podium tempat ketiga mampu ubati kecewa
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.