Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Young Tigers layak Piala Dunia Remaja 2027

podiumontour September 9, 2026 2 minutes read
Piala Remaja Asia

BARISAN pemain negara berjaya melayakkan diri ke pentas Piala Dunia Remaja 2027. - ASIAN HOCKEY FEDERATION

SKUAD hoki remaja lelaki negara menepati sasaran mara ke Piala Dunia Remaja 2027 selepas menyambar tiket separuh akhir Piala Remaja Asia 2026 di Moqi, China.

Ia susulan kejayaan Young Tigers menewaskan tuan rumah dalam aksi terakhir Kumpulan A yang berlangsung penuh mendebarkan  di Pusat Latihan Moqi itu hari ini.

ARTIKEL INI DIBAWAKAN OLEH TAVIS – PLATFORM PEMBELAJARAN DIGITAL UNTUK SEMUA

TAVIS

Ketua jurulatih skuad hoki remaja lelaki negara, Nor Saiful Zaini Nasiruddin menyifatkan ia satu pengalaman cukup berharga buat anak-anak buahnya yang rata-ratanya akan membuat penampilan pertama di pentas separuh akhir.

“Sebenarnya kita bermain bagus dalam tiga suku masa permainan tetapi sama macam aksi menentang Pakistan, kita tak lengkapkan peluang-peluang untuk jaring gol.

“Kita juga kehilangan seorang pemain yang dikenakan 10 minit kad kuning kerana kekasaran. Jadi kita tahu China akan datang tetapi kita mampu bertahan hingga wisel penamat dan menang 1-0.

“Saya fikir ia satu pengalaman yang baik buat pemain kerana bermain 10 orang dalam masa 10 minit terakhir di perlawanan penentuan untuk masuk separuh akhir. Mereka belajar dan pengalaman baharu juga buat ramai pemain,” katanya.

Young Tigers meraih gol seawal minit kelapan menerusi jaringan padang Muhammad Safwan Salihe dan kekal sehingga tamat perlawanan biarpun Aferull Syah Ahmad Azuan Syahrill dikenakan kad kuning pada minit ke-49.

Selepas ini, mereka akan berdepan juara Kumpulan A, India untuk aksi separuh akhir pada Jumaat ini.

Biarpun India memegang status selaku juara bertahan tiga edisi terakhir, namun ia bukan sesuatu yang mustahil buat barisan pemain negara mencipta kejutan mara ke pentas final.

“Kita dah lima kali lawan India (aksi Jelajah India 2026), mereka pasukan yang bagus dan aksi terakhir kalahkan Jepun 7-3. Namun, kita pergi dengan misi untuk menang dan kita akan cuba tutup kelebihan mereka,” jelas Nor Saiful. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – ASIAN HOCKEY FEDERATION

Post navigation

Previous: Malaysia A selangkah lagi ke final hoki 5s di Seoul
Next: Young Tigress terlepas tiket Piala Dunia Remaja 2027

Related Stories

Piala Tun Abdul Razak
  • Hoki

Perak kembali rampas status gergasi hoki tanah air

podiumontour September 13, 2026
Piala Tun Abdul Razak
  • Hoki

Selangor pecahkan badi final, juara TARC 2026

podiumontour September 13, 2026
Piala Remaja Asia
  • Hoki

Young Tigers terlepas podium tempat ketiga

podiumontour September 13, 2026

Recent Posts

  • Pesanan bekas raja pecut Asia Tenggara buat atlet duduki SPM
  • Perak kembali rampas status gergasi hoki tanah air
  • Selangor pecahkan badi final, juara TARC 2026
  • Young Tigers terlepas podium tempat ketiga
  • Podium tempat ketiga mampu ubati kecewa
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.