Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Malaysia raih pengalaman berharga ke atas China

podiumontour September 4, 2026 2 minutes read
Piala Remaja Asia

NASIHIN

KETUA Jurulatih Skuad Remaja Wanita Kebangsaan, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim tetap memuji barisan pemainnya ketika menentang China yang merupakan antara pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Remaja Asia 2026.

Meskipun tewas 1-6 kepada tuan rumah pada aksi pertama Kumpulan Elit di Pusat Latihan Moqi, namun Young Tigresses masih berjaya menjaringkan satu gol ke atas naib juara edisi 2024 itu.

“Dengan dibarisi rata-rata pemain berusia 16 tahun, saya rasa kita menunjukkan kualiti yang sangat baik terutamanya melawan China. Kita tahu bahawa mereka pasukan terbaik di Asia dan juga salah satu yang terbaik di dunia.

“Jadi dengan perlawanan pantas sebegini, pemain kita masih dapat mengawal dengan baik terutamanya pada suku pertama di mana kita hanya lepaskan satu gol.

“Walaupun begitu, masih ada penambahbaikan yang kita harus buat. Kita akan ada sesi video dan pemain-pemain juga perlu menjalani proses pemulihan dengan baik untuk aksi seterusnya,” katanya.

Young Tigresses meraih satu gol menerusi pukulan sudut penalti yang dimanfaatkan sepenuhnya oleh Nurain Atiqah Mohd Fauzi pada minit ke-48.

Enam gol China diperoleh menerusi jaringan padang Qi Chenchen pada minit ke-13, Nie Yushuo (24′, FG), Feng Jiaxin (38′, PC), Wei Qixiao (45′, PC), Chen Jiani (46′, FG) dan Wang Lihang (50′, PC).

Selepas ini, Skuad Remaja Wanita Kebangsaan akan meneruskan aksi kedua Kumpulan Elit menentang juara bertahan, India pada Ahad ini.

Sebagai rekod, kesemua lima pasukan dalam Kumpulan Elit termasuk Malaysia, China, Indiq, Korea Selatan dan Jepun, layak ke suku akhir.

Setiap perlawanan dalam peringkat kumpulan ini akan menentukan kedudukan untuk aksi suku akuir nanti yang akan disertai tiga lagi pencabar dari Kumpulan Cabaran antara Kazakhstan, Pakistan, Bangladesh, Taiwan dan Hong Kong. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Perak terus berpesta gol aksi Piala Tun Abdul Razak
Next: Rahuul Fazrien ketuai pesta gol Young Tigers

Related Stories

Young Tigers
  • Hoki

Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers

podiumontour October 30, 2026
Faizal Speedy Tigers
  • Hoki

Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut

podiumontour October 29, 2026
Adib TNB
  • Hoki

Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar

podiumontour October 29, 2026

Recent Posts

  • Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers
  • Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut
  • Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar
  • Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’
  • Keletihan jejas penyudah, Young Tigers tetap menang
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.