Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Malaysia raih tempat keempat Piala Asia B18

podiumontour June 6, 2026 1 minute read
Malaysia

MALAYSIA (jersi kuning) terpaksa akur menamatkan kempen Piala Asia B18 di tangga keempat selepas tewas 0-3 kepada Pakistan hari ini (6 Jun). - ASIAN HOCKEY FEDERATION

KEGAGALAN menamatkan Piala Asia B18 2026 di kedudukan podium pastinya satu tamparan yang besar buat skuad hoki lelaki B18 negara.

Namun, itulah realitinya dan ia harus dijadikan sebagai pengajaran berharga demi perkembangan mereka pada masa hadapan.

Ketua jurulatih B18 lelaki negara, Mohd Harfizi Baharom mengambil tanggungjawab terhadap keputusan akhir tewas 0-3 kepada Pakistan dalam perebutan tempat ketiga dan keempat hari ini (6 Jun).

“Kempen ini memberi banyak pengajaran. Kami melalui beberapa keputusan mengecewakan, termasuk tiga kekalahan, tetapi pemain tunjuk semangat juang dan keberanian bersaing di Asia.

“Saya hargai usaha dan komitmen pemain yang berjuang sehingga wisel penamat. Mereka tak pernah berhenti mencuba walaupun situasi sukar.

“Kepada pemain, perjalanan anda masih panjang. Jadikan kekalahan ini sebagai pengajaran untuk terus bekerja keras dan kembali lebih matang serta lebih kuat pada masa akan datang,” katanya.

Tiga gol Pakistan dalam aksi itu diperoleh menerusi jaringan pukulan sudut penalty Uzair Ahmad Qureshi seawall minit ketiga, penalti stroke Haider Asam (m23) dan gol padang Adeel (m59).

Kekalahan di tangan Pakistan menyaksikan skuad B18 lelaki di Kakamigahara, Jepun kali ini gagal menyamai pencapaian tempat ketiga edisi 2025. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – ASIAN HOCKEY FEDERATION

Post navigation

Previous: Umar catat 45.73s, cipta rekod baharu 400m Malaysia
Next: Nik Jeremy menang Penjaga Gol Harapan Terbaik Piala Asia B18

Related Stories

Young Tigers
  • Hoki

Jelajah India pentas penilaian akhir Young Tigers

podiumontour August 1, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

3 pemain bakal buat penampilan ke-4 Piala Dunia

podiumontour July 30, 2026
hoki piala dunia
  • Hoki

Speedy Tigers ambil inspirasi kejayaan Cape Verde

podiumontour July 27, 2026

Recent Posts

  • Jelajah India pentas penilaian akhir Young Tigers
  • Azizulhasni buktikan pakar taktikal keirin dunia
  • Jojo perlu menunggu lagi, tewas kepada Ondash
  • Shanti Pereira cipta sejarah baharu di Sukan Komanwel
  • Aqilah cipta sejarah baharu angkat berat
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.