Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Nik Jeremy menang Penjaga Gol Harapan Terbaik Piala Asia B18

podiumontour June 7, 2026 1 minute read
Nik Jeremy

NIK JEREMY (kanan) menerima trofi Penjaga Gol Harapan Terbaik Piala Asia B18 2026 dalam majlis penyampaian hadiah malam tadi (6 Jun). - ASIAN HOCKEY FEDERATION

MALAYSIA tidak pulang tangan kosong apabila Nik Jeremy Haidi Nik Feizl Haidi dinobatkan sebagai Penjaga Gol Harapan Terbaik Piala Asia B18 2026.

Anugerah itu hadir tepat pada waktu selepas skuad hoki lelaki B18 negara tewas 0-3 kepada Pakistan dalam perebutan tempat ketiga dan keempat semalam (6 Jun).

Menariknya, ia juga membuktikan Nik Jeremy mampu cemerlang dalam sukan seiring dengan pendidikan yang mana dia memperoleh keputusan SPM 9A (5A+, 4A) awal tahun ini.

Dan dia dianugerahkan Ikon Kecemerlangan: Murid Terbaik SPM 2025 bagi aliran sains SPM dalam kalangan pelajar Sekolah Sukan Malaysia (SSM).

Anugerah Peribadi Piala Asia B18 2026

Pemain Terbaik Kejohanan
Inukai Yoga (Jepun)

Penjaga Gol Terbaik Kejohanan
Rajak Ayush (India)

Penjaring Terbanyak Kejohanan
Purti Ashish Tani (India)

Pemain Harapan Terbaik
Najeeb Muhammad Yahya (Pakistan)

Penjaga Gol Harapan Terbaik
Nik Jeremy Haidi Nik Feizl Haidi (Malaysia)

India muncul juara selepas menewaskan Jepun 4-1 dalam perlawanan akhir, manakala Pakistan meraih tempat ketiga hasil kemenangan 3-0 ke atas Malaysia.

Kedudukan kelima hingga lapan menjadi milik Korea Selatan (No.5), Bangladesh (No.6), China (No.7) dan Taiwan (No.8). – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – ASIAN HOCKEY FEDERATION

Post navigation

Previous: Malaysia raih tempat keempat Piala Asia B18
Next: Izzul Haniff ‘bayar harga mahal’ pingat emas VTF 2

Related Stories

Young Tigers
  • Hoki

Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers

podiumontour October 30, 2026
Faizal Speedy Tigers
  • Hoki

Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut

podiumontour October 29, 2026
Adib TNB
  • Hoki

Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar

podiumontour October 29, 2026

Recent Posts

  • Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers
  • Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut
  • Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar
  • Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’
  • Keletihan jejas penyudah, Young Tigers tetap menang
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.