Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Malaysia raih tempat ketiga Piala Dunia Hoki Para 2026

podiumontour August 25, 2026 2 minutes read
Piala Dunia Hoki Para

MALAYSIA meraih tempat ketiga Piala Dunia Hoki Para 2026. - IBRAHIM AZHAR

KEJAYAAN Malaysia meraih pingat gangsa Piala Dunia Hoki Para 2026 membuktikan sukan itu masih mempunyai tempat tersendiri dalam kalangan para peminat hoki di tanah air.

Skuad hoki para negara (masalah intelektual) pada awalnya tidak meletakkan harapan tinggi sebelum bermulanya kejohanan di Amsterdam, Belanda itu yang dianjurkan sempene penganjuran Piala Dunia 2026.

Namun, tiada siapa menjangka mereka mampu menunjukkan persembahan berkualiti dengan menewaskan negara-negara seperti India, England, Argentina dan Belgium yang umum mengetahui statusnya sebagai kuasa dunia untuk hoki padang.

Piala Dunia Hoki Para

Ia termasuk kejayaan Malaysia menewaskan Belgium 3-1 hasil jaringan Lourdess Raj Philip John, Muhammad Rafiq Abdullah dan Annur Qisya Haziqah Mohd Anuar dalam penentuan pingat gangsa di Stadium Wagner semalam (24 Ogos).

Ketua jurulatih hoki para negara, Jegathesan Selvaratnam meluahkan rasa syukur dan berbangga dengan pencapaian anak-anak buahnya mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

“Perjalanan ini tak mudah tetapi semangat pemain-pemain sangat tinggi. Saya amat bangga dengan pencapaian ini dan hoki para kita sekarang dalam kelompok tiga terbaik dunia.

Piala Dunia Hoki Para

“Perasaan sekarang sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga hoki ID (masalah intelektual),” katanya kepada Podium On Tour.

Format hoki para adalah gabungan pemain lelaki dan wanita yang mana enam pemain setiap pasukan termasuk dua pemain wanita wajib berada di atas padang hingga tamat perlawanan.

Malaysia menunjukkan prestasi mengagumkan dengan memenangi lima perlawanan, seri satu dan satu kalah untuk muncul naib juara Kumpulan B sekali gus mara ke penentuan pingat gangsa menentang Belgium yang berakhir dengan kemenangan 3-1.

Piala Dunia Hoki Para

Lourdess Raj dan Rafiq sememangnya menjadi antara kunci utama kejayaan skuad hoki para negara apabila masing-masing berjaya meledak 12 gol sepanjang kempen.

Sebagai rekod, Itali muncul juara Piala Dunia Hoki Para 2026 selepas menewaskan Sepanyol 5-4 di pentas final semalam. – PODIUM ON TOUR

INFO
Barisan pemain hoki para Malaysia

Muhammad Iffat Sabaruddin (GK)
Muhammad Airiel Mikail Zulkefli
Muhammad Rafiq Abdullah
Lourdess Raj Philip John (Kapten)
Mohamad Safirul Mohd Sapri
Muhammad Fahriz Daniell Ahmad Faizie
Nur Iman Dayana Ibrahim Azhar
Emily Min Qi Tiong
Annur Qisya Haziqah Mohd Anuar
Nur Aireen Ufairah Abdullah

Keputusan
Kumpulan B:
Malaysia 4-2 Bulgaria ✅
Malaysia 2-4 Sepanyol ❌
Malaysia 2-2 Belanda 🤝
Malaysia 3-0 Chile ✅
Malaysia 7-2 India ✅
Malaysia 5-0 England ✅
Malaysia 4-1 Argentina ✅

Penentuan pingat gangsa
Malaysia 3-1 Belgium ✅

KREDIT FOTO – IBRAHIM AZHAR

Post navigation

Previous: Norliyana cipta sejarah, juara masters dunia
Next: Jeng Tzan cetus inspirasi, menang gangsa Masters Dunia

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.