Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Norliyana cipta sejarah, juara masters dunia

podiumontour August 24, 2026 2 minutes read
Norliyana

NORLIYANA (tengah) menjuarai acara lompat tinggi kategori 35-39 tahun Kejohanan Olahraga Dunia Masters 2026 di Daegu semalam.

ATLET lompat tinggi kebangsaan, Norliyana Kamaruddin mencipta sejarah baharu arena sukan tanah air apabila menjuarai Kejohanan Olahraga Masters Dunia (WMAC) 2026 di Daegu, Korea Selatan semalam.

Norliyana, 35, memenangi pingat emas lompat tinggi bagi kategori umur 35 hingga 39 tahun dengan catatan terbaik 1.65 meter (m) pada aksi yang berlangsung di Stadium Daegu itu.

Difahamkan, kejayaan Norliyana itu adalah pingat emas pertama Malaysia dalam sejarah penganjuran WMAC sejak edisi pertama di Toronto, Kanada pada 1975.

Pemenang pingat gangsa Sukan SEA Thailand 2025 itu menewaskan Francesca Camilla Finotelli dari Itali di meraih tempat kedua dan atlet Kanada, Colleen Ogilvie yang kedua-duanya mencatat 1.50m.

Norliyana tiada masalah melepasi had ketinggian 1.50m, 1.55m, 1.60m dan 1.65m pada lompatan pertama sebelum terkandas di catatan 1.70m.

“Rasa sangat teruja sebab ini kali pertama bertanding di kejohanan bertaraf dunia. Kalau ikutkan tak letak sasaran tinggi, cuma nak rasa pengalaman sebab ada banyak sangat kategori, sampai umur 100 tahun pun ada.

“Mungkin orang anggap senang nak menang kategori 35 tapi kalau ikutkan siapa saja lagi yang atas umur 35 tahun masih aktif bersaing?

“Saya dengar Persatuan Olahraga Masters Malaysia tak pernah lagi menang emas dan di sini mereka sasarkan satu emas, dua perak dan tiga gangsa. Alhamdulillah saya gembira dengan pengalaman ini,” katanya kepada Podium On Tour.

Biarpun kali pertama menyertai peringkat masters, namun Norliyana tetap akan memberikan sepenuh perhatian untuk cuba melayakkan diri ke Sukan SEA Malaysia 2027.

Untuk tahun ini, atlet dari Negeri Sembilan itu kekal di ranking pertama lompat tinggi Malaysia dengan catatan 1.75m dan kedudukan No.2 pula adalah juara Sukan Malaysia (SUKMA) 2026, Nur Sabrina Najwa Efrudin (1.72m). – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Malaysia membanggakan di Piala Dunia Hoki Para
Next: Malaysia raih tempat ketiga Piala Dunia Hoki Para 2026

Related Stories

Cecilia Maksimon
  • Olahraga

Cecilia tak jangka raih gangsa Masters Dunia 2026

podiumontour August 26, 2026
Masters Dunia
  • Olahraga

Trio 10km jalan kaki banggakan Malaysia di Masters Dunia 2026

podiumontour August 26, 2026
Yap Jeng Tzan
  • Olahraga

Jeng Tzan cetus inspirasi, menang gangsa Masters Dunia

podiumontour August 25, 2026

Recent Posts

  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • SUKIPT 2026 pentas lahir pelapis sukan negara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.