Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Jeng Tzan cetus inspirasi, menang gangsa Masters Dunia

podiumontour August 25, 2026 2 minutes read
Yap Jeng Tzan

JENG TZAN ceria menunjukkan pingat gangsa lempar cakera W35 dimenangi pada Kejohanan Olahraga Masters Dunia 2026 semalam.

KECEDERAAN menjejaskan rentak Yap Jeng Tzan untuk membawa pulang pingat emas acara lempar cakera W35 (kategori Wanita 35 hingga 39 tahun) pada Kejohanan Olahraga Masters Dunia (WMAC) 2026 di Daegu, Korea Selatan semalam.

Begitupun, bekas pemegang rekod kebangsaan itu masih berjaya membutirkan pingat gangsa buat Malaysia dengan catatan terbaiknya 38.76 meter (m) pada aksi di Stadium Daegu itu.

Jeng Tzan, 39, berharap kejayaan itu sedikit sebanyak dapat menjadi inspirasi buat anak didiknya, Sasha Alyssa Philip yang kini sedang bersiap sedia untuk menghadapi Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) bulan depan.

“Saya alami kecederaan semasa Terbuka Malaysia 2026 (Jun lalu) dan sampai hari ini tak sembuh lagi. Mungkin buku lali retak, saya tak boleh nak buat pusingan.

“Kalau tak cedera, saya boleh dapat pingat emas. Sebagai atlet veteran, pemilik bersama (Pusat Rehab Sukan) Dynamique, jurulatih kepada Sasha, tiada apa lagi yang saya minta dengan keputusan ini,” katanya kepada Podium On Tour.

Jeng Tzan tewas kepada pemenang pingat emas dari Kenya, Betty Chebet Mwei yang membuat catatan 42.44m, manakala tempat kedua menjadi milik atlet Australia, Morgan Vosilla (39.70m).

Sebagai rekod, pemenang pingat perak Sukan SEA Singapura 2015 itu mampu membuat lemparan lebih jauh daripada 38.76m yang mana Jeng Tzan mencatat 40.85m pada Terbuka Malaysia 2026.

“Saya buat balingan sambil berdiri, saya sasar lebih 40m tetapi tak jadi dan atlet Kenya dapat catat 42.44m. Saya terima dan saya akan terus berusaha untuk menang pingat emas pada edisi seterusnya dua tahun lagi.

“Standard kali ini lebih tinggi berbanding kejohanan masters dunia yang lain. Saya mahu terus beri semangat dan inspirasi kepada atlet-atlet saya bahawa tiada yang mustahil,” jelas Jeng Tzan.

Selain Jeng Tzan, Malaysia turut meraih satu lagi pingat gangsa menerusi 2,000m lari berhalangan W55 menerusi kejayaan Cecilia Maksimon.

Bukan itu sahaja, Malaysia juga membawa pulang pingat emas menerusi Norliyana Kamaruddin (lompat tinggi W35) dan perak 10km jalan kaki berpasukan lelaki M50 melalui Suresh Kumar, Elangovan serta Sukhraj Singh. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Malaysia raih tempat ketiga Piala Dunia Hoki Para 2026
Next: Trio 10km jalan kaki banggakan Malaysia di Masters Dunia 2026

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.