Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

Olahragawati MASUM lonjak semangat Aleena

podiumontour February 14, 2026 2 minutes read
Aleena

ALEENA (dua dari kanan) ceria menunjukkan trofi sebagai Olahragawati MASUM 2023 dalam satu majlis anugerah diadakan di Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya baru-baru ini.

KEJAYAAN dinobatkan sebagai penerima Anugerah Olahragawati MASUM 2023 membakar semangat pemain boling padang wanita negara, Aleena Ahmad Nawawi untuk mencapai sasaran peribadinya bagi tahun 2026.

Aleena, 27, langsung tidak menjangka menerima anugerah berkenaan kerana dia merasakan gandingannya, Nur Ain Nabilah Tarmizi yang akan memenanginya hasil kejayaan mereka menjuarai Kejohanan Boling Padang Wanita Dunia 2023.

Ketika itu, Aleena dan Ain Nabilah mencipta sejarah apabila menamatkan kemarau 15 tahun tanpa pingat emas buat Malaysia selepas menjuarai final pairs wanita pada kejohanan di Gold Coast, Australia.

Kini, semangat Aleena kembali membara dalam usahanya merebut tempat dalam skuad kebangsaan untuk beraksi di pentas Sukan Komanwel 2026 dijadualkan di Glasgow, Scotland dari 23 Julai hingga 2 Ogos depan.

“Memang tak jangka, tak tahu pun boleh menang. Ingatkan Ain Nabila yang dapat sebab dia menang banyak anugerah daripada saya. Tapi saya dapat beza antara kami, saya dapat pingat gangsa Kejohanan Remaja Dunia.

“Anugerah ini bagi semangat sebab macam dah lama tak dapat (anugerah). Selepas 2023 prestasi saya macam menurun, jadi pencapaian tak berapa banyak. Jadi bila dapat (Olahragawati MASUM), saya nak cuba dapatkan lagi.

“Perancangan 2026 saya nak cuba dapat tempat ke Sukan Komanwel Glasgow dan Sukan SEA 2027. Saya kena beri persembahan terbaik dalam pemilihan sekarang kerana jurulatih nilai prestasi semasa,” katanya kepada Podium on Tour.

Aleena yang berasal dari Ipoh, bertekad berikan prestasi terbaik pada Kejohanan 7 Nations Invitation 2026 di Stadium Juara, Bukit Kiara dari 15 hingga 18 Februari ini.

“Kejohanan terakhir saya adalah Terbuka Australia tahun lepas. Tahun ini ada Kejohanan Asia (di New Delhi, India) pada April nanti. Tapi sebelum itu minggu depan ada 7 Nations.

“Negara-negara Komanwel akan datang bersaing di Stadium Juara. Saya harap dapat berikan persembahan sehabis baik dalam pemilihan ini,” jelas Aleena. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Malaysian Tigress mahu jadi pengacau gergasi di Chile
Next: Visa batal, tiada hotel, Pakistan terkandas di Australia

Related Stories

Syamimi Amalia Hyrox
  • Sukan Lain

Syamimi Amalia tak menyesal pilih Hyrox

podiumontour May 15, 2026
KL Wildcats NSL
  • Sukan Lain

KL Wildcats masih kekal reputasi, buru podium kedua

podiumontour May 14, 2026
Maisarah NSL
  • Sukan Lain

Maisarah mahu trofi kedua buat Terengganu Marvels

podiumontour May 13, 2026

Recent Posts

  • Piala Asia B18 platform Dheeressh capai impian
  • Zariefah Dania mahu jadi kapten Malaysian Tigress
  • Peluang Izzatul Musfirah tebus final edisi 2024
  • Podium jadi sasaran dua skuad negara di Piala Asia B18
  • Pengalaman bernilai sebelum Kejohanan Asia B20
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.