Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Malaysian Tigress menang 5-0 tapi perlu lebih klinikal

podiumontour September 18, 2026 2 minutes read
Sukan Asia

NURAMIRAH (kiri) dan Afiqah (dua dari kiri) masing-masing meledak dua gol menewaskan Kazakhstan 5-0 hari ini. - ASIAN HOCKEY FEDERATION

PERMULAAN yang cukup positif dipamerkan skuad hoki wanita negara dengan menewaskan Kazakhstan 5-0 dalam aksi pertama Kumpulan A Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Stadium Kawasaki Juko di Kakamigahara, Gifu hari ini.

Begitupun, ketua jurulatihnya, C.R. Kumar masih belum gembira kerana merasakan mereka patut menang dengan jumlah jaringan yang lebih besar memandangkan mereka menguasai sepenuhnya perlawanan itu.

“Perlawanan hari ini kurang memuaskan. Kami ada 7 PC (pukulan sudut penalti) tetapi cuma jaringkan satu dan gagal menyudahkan satu penalti stroke.

“”Mereka (Kazakhstan) bermain defensif, tidak cuba keluar untuk menyerang, jadi pemain perlu lebih bijak mengawal emosi dan diri mereka. Cuma mereka tetap berikan permainan terbaik hari ini,” katanya.

Beliau berharap permainan lebih ‘garang’ dapat dipamerkan barisan pemainnya dalam aksi kedua menentang Bangladesh pada 21 September ini.

Malaysian Tigress membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi gol padang Nuramirah Shakirah Zulkifli sebelum Khairunnisa Ayuni Sharuddin menggandakan kedudukan menerusi PC pada minit ke-12.

Nur Afiqah Syahzani Azhar menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-17 dan kemudian Nuramirah menebus kegagalannya menyudahkan penalti stroke beberapa minit selepas itu dengan gol keempat pasukan pada minit ke-21.

Bagaimanapun, Skuad Senior Wanita Kebangsaan berdepan kesukaran untuk menambah lagi jaringan sepanjang suku ketiga sebelum Nur Afiqah meledak gol kelima apabila menyempurnakan penalti stroke pada minit ke-49.

Kemenangan 5-0 itu secara tak langsung meningkatkan motivasi para pemain dalam usaha memburu empat terbaik buat kali pertama selepas meraih tempat kelima pada lima edisi berturut-turut sejak 2006 di Doha, Qatar.

Pencapaian terbaik Malaysian Tigress di pentas Sukan Asia adalah pingat gangsa edisi 1982 di New Delhi, India dan empat tahun kemudian meraih tempat keempat di Seoul, Korea Selatan pada 1986. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – ASIAN HOCKEY FEDERATION

Post navigation

Previous: 365 hari menuju Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14
Next: Azeem ada potensi besar kekal pingat Sukan Asia

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.